Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Sunday, October 6, 2013

Pasir pantai di rumah: sensory salt play

Assalamua'laikum
Alhamdulillah rasa puas sangat tengok anak-anak main sensory salt (recipe di ambil dari imagination tree, link: http://theimaginationtree.com/2012/06/lavender-and-glitter-sensory-salt.html)

Masa buat lagi sudah rasa macam best texture dia tapi bila sudah dikeluarkan ke dalam besen dan di rasai texture nya, bertambah menarik. Bila di buat pembacaan, rasa pelik kenapa ramai ibu-ibu selalu menambah warna dan bauan pada bahan2 sensory play ni. Rupanya ia memang membuatkan ia menjadi satu stimuli yang sangat menarik: pada kulit kerana texture yang bermacam-macam (terpulang pada bahan sensory play), pada visual (cantik dan menarik), serta pada deria bau kerana bau yang di senangi menambah sensasi dan suasana yang gembira dan menarik ketika bermain. Anak-anak main dengan gembira (gaduh-gaduh sikit tu biasalah), dan lama. 

Review saya mengenai sensory salt yang saya buat; ia seperti pasir pantai yang tak berapa basah. Saya guna jenis garam halus yang murah cap burung. 
Anak-anak sangat teruja main, benar-benar macam main pasir di pantai. Elok di main di tempat yang mudah di bersihkan, di sapu, di bilas air atau di mop. Terkeluar sedikit mahupun banyak dari bekas adalah lumrah. Saya baca dari blog ibu-ibu, setiap kali main, tukarkan jenis alatan yang di sertakan dan jadi lah kreatif dalam menawarkan alatan yakni berikan benda yang simple and perhatikan anak-anak akan buat apa dengan benda tersebut. Contoh seperti sudu, cawan, dan lain2 alatan di sekeliling anda. Jadilah kreatif dan sentiasa alert untuk recycle sesuatu seperti bekas biskut (dalam pek atau kotak biskut) dll. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.