Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Thursday, February 24, 2011

10 cara untuk elak kena cesar







10 ways to avoid a cesarean : 10 cara elak kena cesar.

(tips only without original explanation from the book, but I have added my own note. Taken and edited from The Birth Book, by William and Marthe Sears, RM 58.50, bought at Kinokuniya KLCC. Anybody in desperate need of details, kindly send me a message at fb or email me)

1. Choose your birth attendants (care providers/doctor/obgyn) and birth place wisely.

My note: Siapa doktor kita dan tempat (klinik atau hospital mempengaruhi).

Kita perlu mengambil peranan yang aktif dalam kelahiran anak KITA, iaitu mempunyai ilmu-ilmu basic mengenai kelahiran, dan KITA yang perlu membuat keputusan setelah menimbang pro dan con sesuatu tindakan, lebih-lebih lagi yang melibatkan 'medical intervention'.

Sebelum itu, antara peranan aktif itu ialah mengenal apa itu medical intervention? I.e memecahkan ketuban secara tidak alami (artificial rupture of membranes), "masuk air" atau Pitocin Drip (meransang kontraksi secara tiruan), ubat-ubatan/ dadah penahan sakit seperti Entonox, Epidural, Pethidine, dan lain-lain (banyak lagi dalam list ni)

Hasrat dan hajat untuk bersalin dengan normal melibatkan usaha dan ilmu dari pihak kita sendiri. Contoh nya, kita mesti tahu apa yang normal dan apa yang tidak normal - contohnya, keluar lendir bercampur darah: tidak perlu panik kerana itu NORMAL dan adalah tanda waktu bersalin semakin hampir tapi BELUM BERMULA. Contoh lain, cara mengenalpasti perbezaan 'kontraksi test-run' (di gelar braxton hicks) dan kontraksi sebenar.

Oleh itu jangan malu untuk INTERVIEW doktor, nurse, dan midwife kerana ia HAK ANDA.

Apa yang perlu di tanya kan? Contoh nya mengenai posisi ketika melahirkan! Hak anda untuk kekal aktif membuat pergerakan sepanjang stage 1. Ukurlah sendiri bagaimana reaksi dan pandangan serta prinsip doktor anda. Anda bukan pesakit. Anda adalah client yang bayar dia untuk berkhidmat kepada anda.

2. Bring a birth buddy.

My note: Di malaysia, kalau di hospital kerajaan, ada sesetengah yang suami masih tak di benarkan dalam labor room. Ini akan di usahakan perubahan nya perlahan-lahan. Kita berusaha dgn apa yang ada; iaitu suami masih di benarkan dalam 'wad' oleh itu suami memainkan PERANAN BESAR dalam faktor turut juga berilmu mengenai ilmu kelahiran kerana ini dapat membantu isteri di saat yang dia sangat memerlukan sokongan.

Di negara luar, sistem 'professional labor assistant' atau jargonnya 'doula' sedang perlahan-lahan di adaptasi. Peranan doula ini tiada kaitan langung dengan dunia perubatan; kehadiran nya ialah sebagai 'personal secretary' kepada birthing mother, memberi cadangan2 agar ibu terus dapat menenangkan diri dan lain-lain lagi. Peranan dia adalah untuk membantu ibu tersebut, mendapatkan kelahiran impian nya.

3. Think upright.

"Back-lying is the position for a cesarean"- William & Martha Sears, The Birth Book, pg 110.

Secara serious saya sebutkan, mungkin kita semua perlu buat satu perhimpunan AMAN untuk tuntut hak kita agar TIDAK DI PAKSA oleh doktor, nurse, bidan dan 'peraturan' untuk baring ketika melahirkan kerana ia TIDAK LAH ALAMI. Bukan wahyu dari Allah suruh kita melahirkan dalam keadaan baring. Kajian menunjukkan laboring UPRIGHT /MENEGAK (antara stage 1 dan 2) dan birthing UPRIGHT/ MENEGAK (stage 2) meningkatkan keberkesanan fungsi rahim, memendekkan proses kelahiran, membantu membuka pangkal rahim serta membantu proses kelahiran untuk progress dengan lebih selesa dan berkesan. (sila rujuk bab cesarean births, The Birth Book, m/s 110)

Quote penting: The horizontal position is a carryover from the days of anesthesized births and forceps delivery when women who were drugged during delivery couldn't stand up or help push their babies out. (The Birth Book, m/s 110)

4. Take a walk

Kajian menunjukkan berjalan membantu prosess kelahiran dan bagua untuk janin. (di lakukan dalam stage 1)

My note: minta lah bantuan suami untuk berjalan di antara dua kontraksi sambil berzikir!

5. Use electronic fetal monitoring and interventions wisely.

My note: EFM atau singkatan lain nya CTG, ialah prosedur hospital ikat dua tali pada kita untuk ukur degupan jantung janin beserta kekuatan kontraksi. Hasil nya ada dua: satu: jika berlanjutan, kita akan terbaring kaku saja, tak dapat membuat pergerakan untuk bantu anak turun, dua: doktor akan 'buat keputusan' dengan result EFM konon nya samada baby dapat 'tahan' ke tak kekuatan kontraksi kita (lagi2 kalau kita di beri pitocin. Di SINI lah konon nya boleh timbul 'keperluan' cesar apabila doktor membuat 'verdict' 'fetal distress', etc).

Degupan jantung bayi boleh di ukur dengan alatan selain mesin EFM/CTG. Malahan petua untuk tidak berlanjutan di lakukan EFM/CTG ialah tolak lah untuk di masukkan 'air' atau induce atau AUGMENT (kontraksi di kuatkan dgn bantuan pitocin) tanpa sebab yang BENAR BENAR PERLU.

Bersambung. (tip 6-10)

10 comments:

  1. Salam,( Ingin Berkongsi Pengalaman & Pendapat)
    Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan zuriat sulung saya pada 25 Jan 2011. He's a boy weighing at 3.94 kg during birth. Normal semuanya but I was induced with pitocin pill, bukan melalui air. Apa yg penting for me is preparation before birthing....bykkan berjalan, focus on what you want and doa jgn putus. Semangat kena kuat. Dgr ckp doctor / bidan during birth time. Tapi if finally God decide anak itu perlu dilahirkan melalui C-sect, terima dgn baik sbb mungkin itu yg terbaik untuk dia dan ibunya. Gudluck pada semua ibu2 yg mengandung :)

    ReplyDelete
  2. terbaiklah bagi tips nie.
    sila sambung yer! tak sabar nak bace.
    jom exchange link!

    ReplyDelete
  3. hi utterly, yes kadang2 c-section menjadi perlu atas beberapa sebab. tapi maafkan saya sebagai seorang childbirth educator saya tak mampu nak setuju bahawa 'dengar cakap doktor/ bidan sewaktu birthing'. ada sebab nya kenapa saya tak mampu nak setuju. maybe this will give you an idea why:
    http://myjoytoi.blogspot.com/2011/01/kelahiran-persis-kapal-di-lautan.html

    ReplyDelete
  4. saya pun rasa we should be exposed to other choice of position rather than lying on back when giving birth... Good info!! Tq

    ReplyDelete
  5. Inshaallah exposure dan keyakinan untuk menuntut hak kita (untuk merubah posisi)

    ReplyDelete
  6. SALAM sis,sya bersalin anak pertama dan kedua secara czer...dan sya rsakan sya tlh melakukan kesilapan besar.sya sakit pada awalnya,ttpi stlh dimasukkan ubat tahan sakit trus tiada construction dan akhirnya sya terpaksa czer.blhkah anak ke 3 sya melahirkan secara normal?sya slalu berdoa dan berharap sya dpt merasa nikmat bersalin secara normal..Amin.

    ReplyDelete
  7. Waa'laikummussalam, inshaallah boleh. Dapatkan maklumat dahulu mengenai VBAC (vaginal birth after ceaserean) dan VBAmC (vaginal birth after multiple ceaserean) dan join kumpulan sokongan di facebook ICAN Malaysia. Kalau tak jumpa, boleh add admin dan tanya mereka: sofia azyze, maria zain, nadine ghows, sha khan

    ReplyDelete
  8. Info yg menarik. Saya setuju.Semasa bersalin, wanita itulah sebagai kapten, Doc/bidan/doula adalah sebagai co-pilot!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.