10 ways to avoid a cesarean: 10 cara untuk elak kena cesar (sambungan)
(sila rujuk artikel pertama untuk references dan tip 1-5)
6. Consider the epidural carefully.
My note: epidural juga adalah antara 'medical intervention'. Kenapa? Kerana bila badan kita mengeluarkan hormon untuk meransang kontraksi rahim, badan kita turut mengeluarkan hormon untuk membantu kita menangani sensasi kontraksi rahim tersebut!!! SUBHANALLAH!
Tapi persoalan nya kenapa semua perkataan2 dan cerita2 mengenai melahirkan adalah 'cerita seram'? dan di ceritakan dengan perkataan2 yang negatif? (saya tak ingin senaraikan perkataan2 itu di sini!)
SEBAB: saya pun tak tahu bila trend "melahirkan adalah cerita seram" bermula. Yang saya PASTI, ialah DENGAN ILMU, kita inshaallah dapat BERJAYA dalam (bukan sahaja) melahirkan. (kerana rasulullah s.a.w sudah memberitakan, kejayaan di dunia, di akhirat, dan di kedua-dua nya, adalah DENGAN ILMU).
Oleh itu, berbalik kpd epidural, epidural adalah ransangan LUAR dan TIDAK ALAMI untuk 'mengendali' sensasi yang berlaku waktu bersalin. Allah sudah sediakan yang alami dalam hardware kita, tapi kalau software kita TIDAK TAHU malah TIDAK YAKIN dengan FAKTA ini, lalu kita mungkin akan pilih untuk mengganggu design hardware kita untuk melahirkan.
Disclaimer: Dengan ini saya tidak lah menidakkan keperluan epidural 100%. Kalau ada keperluan yang BENAR untuk cesar, takkan nak tolak epidural pulak.... Haiyo... Itu memang kamikaze nama nya. Kedua nya, kalau pilih untuk menolak epidural, mesti lah PERSIAPKAN 'comfort measures' atau 'kaedah2 penenang diri' yang lain yang sesuai untuk diri anda.
Antara nya: selang seli antara Zikir, music, bola, urutan, air, benda panas, benda sejuk, pergerakan, dan banyak lagi 'comfort measures' yang boleh di PRAKTIS SEBELUM BERSALIN ikut kesukaan anda.
7. Take your time.
"Birth, like sex, shouldn't be rushed." (William & Martha Sears, The Birth Book, pg 111)
My note: 1 jam, 2 jam, 3 jam, sampai lah 48 jam sekalipun. Adakah wujud satu 'time limit' untuk melahirkan? Jawapan nya ialah TIADA! Yang menjadi persoalan hanya lah menjaga stamina ibu (peranan orang2 di samping nya) dan janin dalam rahim.
Peranan orang2 di samping ibu (birthing mother) ialah menjaga stamina beliau agar dia tidak terlalu memenatkan diri pada awal stage 1 dan berehat, makan, minum dan mengamalkan active birth semampu nya pada awal stage 1 agar dia terus bertenaga untuk terus membantu baby nya keluar pada stage 2.
Oleh itu, selagi ibu masih ada stamina, dan janin juga tidak dalam bahaya (ingat lagi ayat Qur'an iaitu KATA KATA ALLAH bahawa rahim adalah tempat PALING SELAMAT?), kenapa kena ada 'time limit' kepada proses bersalin? Ini bukan contest, kalau doktor nak balik, bidan nak tidur, nurse nak pergi makan, sila kan! Oleh itu SIAPA YANG SAYANG dengan ikhlas pada ibu tersebut, korbankan lah waktu tidur, makan dan rehat anda untuk teman dia!
Bersalin BUKAN CONTEST SIAPA CEPAT DIA MENANG.
8. Use discernment about managed births.
(contoh managed births: pilih tarikh dan masa yg 'sesuai' utk ibu, ayah, doktor, admit ke dlm hospital, induce atau augment dengan pitocin, ambil epidural/pethidine/etc, pasang EFM, mungkin pakai forcep/vaccumm, besok lusa sudah boleh balik dengan baby).
Masalah nya anda mesti juga timbal balik kemungkinan prosess nya tidak akan semudah yang kita sangka. Ini lah peranan ilmu, membuat 'informed choices' (pilihan berilmu), KERANA IA ADALAH BADAN ANDA, ANDA BUKAN SAKIT/PESAKIT CUMA HAMIL, dan HAK ANDA untuk memilih atau menolak sesuatu setelah mengenal pasti pro dan cons sesuatu prosedur.
Menurut William & Martha Sears, medical intervention boleh di manipulasi dengan BIJAK dan BAIK terutama sekali jika ibu telah menjadi terlalu penat untuk teruskan- dengan niat untuk kekalkan stamina ibu yang berbaki untuk terus dengan usaha kelahiran vaginal. (m/s 112)
Pada pendapat saya, pilih lah doktor anda dengan baik atau pastikan doktor anda benar2 faham mengenai impian anda untuk kelahiran vaginal, agar usaha tetap di salurkan ke arah vaginal birth. Interview lah doktor anda dan Pilih lah doktor yang akan hormati pilihan anda. Dan PERSIAPKAN juga SUAMI atau sesiapa yang akan teman anda agar cuba sedaya menjaya kan cubaan ini. Perhatikan quote ini dari The Birth Book: m/s 112:
"A mother who is well prepared for birth, who knows how to relax and what her body's signals mean, is better able to handle a long, drawn-out labor. She knows how to avoid exhaustion, she is able to stay with her original plan rather than getting scared and opting for a cesarean"
9. Lobby for legal letups.
My note: saya setuju dengan point ini dari Dr. Sears dan isteri, kerana saya sering timbul tanda tanya, jika sikap doktor adalah benar di pengaruhi oleh pandangan peribadi nya atau 'prinsip pihak hospital' kerana hendak mengelakkan 'di saman' oleh 'client-client' yang kurang hendak ambil tanggungjawab atas diri sendiri dan ambil jalan mudah dengan saman doktor; cuma saya kurang pasti jika point ini benar-benar relevan di malaysia berbanding dengan negara eropah. Mungkin kerana saya belum pernah dengar kes ibubapa saman doktor kerana sesuatu yang berlaku sewaktu prosess bersalin.
Basically point Dr Sears dan isteri ialah, doktor juga perlu rasa 'selamat' dari kena saman dalam usaha nya membantu kita.
10. Remember your vulnerability.
My note: pernah dengar lagu kumpulan pop roxette: she's so vulnerable? Kalau kita 'sensitif' masa PMS/period/haid, sudah tentu kita LEBIH sensitif sewaktu pertengahan atau akhir2 stage 1, lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan masa yang lama. Oleh itu, samada atas niat baik atau sebalik nya; pihak hospital atau siapa yang teman kita mungkin akan 'cadangkan' medical intervention untuk 'meringankan beban' ibu dan ibu pula yang dalam keadaan 'vulnerable' mungkin akan menerima nya. Di sini lah PERANAN SUAMI atau professional labor assistant atau siapa yang teman ibu tersebut agar membantu ibu tetap dengan pilihan nya selagi medical intervention bukan sesuatu yang benar2 perlu.
Oleh itu kesimpulan yang saya boleh buat dari kesepuluh tips dari The Birth Book :
WAHAI SUAMI DAN ISTERI, IBU DAN AYAH:
1. pilih lah untuk bertanggungjawab atas diri sendiri dengan memilih untuk berilmu mengenai anugerah Allah pada anda iaitu BADAN anda. Luangkan lah masa, tenaga dan duit untuk dapatkan pahala jadi orang berilmu dan menghadiri majlis ilmu bernama childbirth class.
2. pilih lah untuk berilmu agar menjayakan apa yang anda inginkan: kelahiran yang baik untuk kesihatan jangka pendek dan kesihatan jangka panjang anda dan bayi.
Wallahua'lam. Maha Suci Allah yang Pandai dari semua yang Pandai dan Pakar dari semua yang Pakar dan Tahu dari semua yang Tahu!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.