Melahirkan persis kapal di lautan. Pic googled |
Salam buat yang ku cuba cintai kerana Allah,
Saat melahirkan (dari first stage) adalah antara kondisi-kondisi puncak di mana kita boleh guna kan untuk meningkatkan ketaqwaan, kesyukuran dan kebergantungan kita kepada Allah.
Saat melahirkan bukan waktu nya memperkuatkan keyakinan dan menyerahkan diri kita pada seorang doktor, sebuah hospital dan bidang perubatan.
(Dan sebenarnya persepsi minda ini perlu di baja dan di pupuk sejak mula hamil)
Kenapa?
Kerana saat itu tiada siapa dapat benar-benar mengawal dan menjangka kan apa yang akan berlaku.
Walaupun doktor anda akan bercakap dengan yakin, tapi dia hanya manusia biasa. Saya berani kata kan, siapa yang tidak merendahkan diri kepada kawalan, dan kekuasaan Allah atas makhluk, adalah manusia yang sangat angkuh.Contoh nya sewaktu melahirkan. Tidak ada pakar waktu itu. Tiada siapa menguasai situasi. Hanya 'system default' yang telah Allah sedia kan, melainkan apabila system itu di usik dari 'factory setting' nya.
Yang kini sering di bukti kan dengan bidang perubatan yang dengan angkuh nya seperti ingin mengatakan; kami dapat menjangka kan semua nya, kami ada solusi dan jawapan untuk semua keadaan, sebagai *pesakit anda patut menyerahkan diri anda sepenuhnya kepada penjagaan kami; anda tak perlu tahu apa-apa dan tidak mungkin akan lebih tahu mengenai kehamilan dan melahirkan dari kami.
(*seorang ibu yang hamil bukan seorang yang ada 'penyakit'!)
Saat melahirkan, beserta "peserta-peserta nya" persis seperti seorang nakhoda kapal yang berada di lautan: Cuaca di laut boleh cuba DI JANGKA dan DI RAMAL dengan KETERBATASAN ILMU MANUSIA, dan ramalan cuaca ini walaupun berguna, tapi kita tetap perlu bergantung dan yakin pada ALLAH SEBAGAI PEMILIK DAN PENCIPTA LAUT. Allah yang mencipta laut, oleh itu, sepakar-pakar mana pun pakar laut, 'pakar' itu masih TERBATAS ILMU NYA.
Persoalan nya kini ialah, kenapa ramai ibu-ibu hamil dan pasangan mereka (termasuk nenek-nenek dan atuk-atuk, dan lain-lain) tidak yakin bahawa Allah telah siap 'program'kan badan wanita untuk melahirkan? Oleh itu, melahirkan ialah satu tindak balas NORMAL badan wanita, bukan satu 'penyakit'.
Kaitan nya dengan analogi kapal di lautan ialah; kini kita terlalu memandang tinggi (kepada bidang perubatan dan ahli-ahlinya) dan menyerah diri (kepada mereka) tanpa usaha mencari ilmu mengenai kehamilan dan kelahiran. Persis seperti kita menyerah diri kepada nakhoda kapal, seolah-olah dia lah 'pakar' laut, (kelahiran) 'pakar' kapal (badan wanita).
Perhatikan glosari di bawah; yang mana satu persepsi kita?
Analogi kelahiran persis kapal di lautan: Siapa anak kapal (pemerhati atau assistant)? Siapa nakhoda? Siapa kapal? Siapa laut?
Persoalan nya kini ialah, kenapa ramai ibu-ibu hamil dan pasangan mereka (termasuk nenek-nenek dan atuk-atuk, dan lain-lain) tidak yakin bahawa Allah telah siap 'program'kan badan wanita untuk melahirkan? Oleh itu, melahirkan ialah satu tindak balas NORMAL badan wanita, bukan satu 'penyakit'.
Kaitan nya dengan analogi kapal di lautan ialah; kini kita terlalu memandang tinggi (kepada bidang perubatan dan ahli-ahlinya) dan menyerah diri (kepada mereka) tanpa usaha mencari ilmu mengenai kehamilan dan kelahiran. Persis seperti kita menyerah diri kepada nakhoda kapal, seolah-olah dia lah 'pakar' laut, (kelahiran) 'pakar' kapal (badan wanita).
Perhatikan glosari di bawah; yang mana satu persepsi kita?
Analogi kelahiran persis kapal di lautan: Siapa anak kapal (pemerhati atau assistant)? Siapa nakhoda? Siapa kapal? Siapa laut?
BIRU: Persepsi yang Betul / Sebenarnya/ :
1. Nakhoda = Factory setting dan system default untuk melahirkan yang telah Allah sediakan dalam badan wanita
2. Kapal = Keadaan yang cuba di perhati dan di bantu jika perlu (proses kelahiran dari tahap 1 ke tahap 3)
3. Laut = Faktor-faktor di luar kawalan (Dalam kawalan dan kuasa Allah)
4. Anak kapal = Doktor, bidan dan jururawat
MERAH: Persepsi yang Salah/ Kebiasaan yang perlu di betulkan:
1. Nakhoda = Doktor
2. Anak kapal = Ibu yang melahirkan
3. Kapal = Badan 'pesakit' yang sedang melakukan sesuatu yang abnormal
4. Laut = Faktor-faktor yang sepenuh nya dalam kawalan doktor dan bidang perubatan
Untuk membetulkan apa yang biasa, dan membiasakan apa yang betul memerlukan usaha dari kita iaitu menimba ilmu. (Meluangkan waktu membaca, membaca, dan membaca, mengikuti kursus childbirth, etc)
Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita jarang terasa di letakkan dalam situasi 'luar kawalan', lalu kita senang berasa semua nya 'dalam kawalan' kita.
Padahal, dalam kehidupan dan kegiatan seharian kita yang mungkin sekali mundane, rutin, bosan, dan 'predictable', kita sentiasa bergantung pada Allah. Kita hanya akan tersentak sedikit apabila ada masalah untuk melakukan rutin-rutin itu: apabila kita tidak mampu untuk makan, minum, tidur, bekerja, memandu, dan lain-lain. (Dan mungkin juga apabila ini berlaku, kita masih tidak sedar kebergantungan kita kepada kuasa dan kawalan Allah)
Oleh itu, di sini saya ingin menyarankan kepada para suami, isteri, ibu dan ayah untuk memuatkan kelahiran dan melahirkan bayi sebagai peringatan kepada kita mengenai keluasan dan kehebatan kuasa Allah atas kita, keterbatasan kita SEMUA sebagai hamba yang lemah (termasuk keterbatasan pengetahuan, ilmu dan kepakaran bidang perubatan), lalu yang tinggal hanya lah kebergantungan yang besar pada Allah.
Yang mengawal situasi, yang menyelamatkan, yang pakar pada saat itu BUKAN doctor atau jururawat atau bidan. Mereka hanya pembantu yang memerhati dan memberi bantuan YANG PERLU, JIKA di perlukan dan APABILA di perlukan.
Tapi kini apa yang biasa ialah saat melahirkan itu sudah di ubah factory setting nya dari mula, cuba di kawal dengan kemodenan, kemajuan dan kehebatan teknoloji konon nya. Untuk mengoptimalkan masa dan tenaga, konon nya. Untuk kemudahan dan kebaikan ibu, malah semua yang terlibat konon nya. Soal nya; benar kah semua nya berniat baik dan sebenar-benar baik untuk manusia?
Apa kah tidak baik, malahan tidak perlu manusia ada ilmu mengenai melahirkan? Mengapa tidak? Adakah melahirkan dan kehamilan persis di jangkiti penyakit? Adakah kehamilan dan melahirkan itu sesuatu yang abnormal, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku pada badan wanita? Apakah bidang perubatan ‘Sakit Puan’ sama dengan bidang ‘Perbidanan’? Adakah perempuan yang hamil itu seorang yang ‘berpenyakit’?
Meyusuri sejarah bidang ini akan mendedahkan kepada kita bagaimana kehamilan dan melahirkan merupakan sesuatu yang telah di ubah dari normal dan alami kepada sesuatu yang abnormal dan memerlukan campur tangan doctor untuk berlaku.
Sebetul dan sebenarnya? Adakah kita sentiasa memerlukan kedai telifon untuk membuat panggilan telifon? TIdak! Kita tahu bagaimana menggunakan telifon bimbit kita. Begitu juga dengan melahirkan; kehadiran doctor, bidan dan jururawat ialah sekadar JIKA kita memerlukan bantuan kecemasan kerana sesuatu yang abnormal berlaku, dan keadaan ini tidak SEMESTINYA berlaku, MELAINKAN kita sudah BENARKAN ada campur tangan proses alami melahirkan dari mula.
salam,
ReplyDeleteNajwa, tq for the info..tidak dinafikan kita kurang menimba ilmu terutama bagi ibu2 yang bakal melahirkan, masa lebih banyak digunakan untuk menyambut baby baru. akak pernah berbincang dengan sahabat akak ni, katanya kalau dulu (zaman mak2 kita atau lebih awal drpd tu), kebanyakan ibu2 bersalin di rumah secara normal disambut oleh bidan2. bersalin benar2 sebuah pertarungan, samada ibu SELAMAT melahirkan ataupun MENINGGAL DUNIA. begitu juga dengan bayi. sekarang ni,dgn kemajuan bidang perubatan dan peningkatan sosio ekonomi masyarakat, jarang kita dengar orang meninggal masa bersalin..apa komen najwa? mmg betul doktor hanya boleh membuat andaian saja sebab apa yg berlaku kat dalam perut ibu hanya Allah yg tahu..macam kandungan akak dulu, sebenarnya twins tiada masalah dan boleh tggu sampai usia matang, tapi doktor2 pakar ni, pakat buat andaian macam2 n last nasihatkan akk suruh bersalin masa usia 36 wk. hurm, rasa terkilan jugak tapi benda dah berlaku tak bleh nak sesalkan. masa tu anak sulong, nak buat keputusan sendiri rasa tak reti.
akak mahu juga baca journals berkaitan dengan kelahiran tapi masa takada dan ada sesetengah journals tak boleh nak access, kena beli. wassalam.
Slm, perlu di kaji semula sumber komen akak tu. Setahu nj, kalau begitu ramai ibu2 dan bayi2 yg meninggal, tentu ramai motherless children masa tu atau high infant mortality rate. Nj bkn ckp sebarangan kak, nj bca sejarah bidang perbidanan dan bgaimana kelahiran mula di pindahkan ke hosp atas sbb2 yg tak brp munasabah. Blh baca the birth book oleh william and martha sears. Mother n infant mortality rate bkn menaik 100% sbb kelahiran brpindah ke hosp. Minta kawan check fakta ya. Perihal pregnancy akak, di kira otomatis high risk krn twins, kak. Sy kurang baca perihal twin births. Mgkn ada justifikasi knp doktor2 suh lahir at 36 wks. Anyway, kini dunia sdg merangkak smula ke arah yg fitrah, termasuk homebirth instead of hosp birth. Birth is not a medical event unless medical intervention is truly necessary, wallahuA'lam.
ReplyDeleteLg satu, kesedaran mengenai ilmu2 spt ini mmg sgt2 low. Kita perlu jadi agen yg memulakan langkah perubahan. Malah, daie2 juga perlu kerja keras utk angkat kejahilan mengenai breastfeeding. Kesedaran bf pun sgt2 rendah. Dunia yg sgt canggih manggih ni, ilmu bf di sorokkan dgn bersebab. Dan Mindset yg hosp is the safest place to hv a baby, and mother and baby will be able to survive has been a conditioned norm for some generations. Lastly, mothers and babies's mortality rate did not improve 100% bcoz of kemajuan teknoloji perubatan, ttp krn Allah mmg da install software utk melahirkan dlm hardware yg Allah kasi pd wanita. Tp fakta ni TIDAK menguntungkan jutaan hosp dan syarikat insuran. Sejarah. Dan ilmu. Kesedaran bahawa pelbagai bidang juga adalah ilmu yg islam tuntut kita utk pelajari. Akses, dan kesedaran suami juga penting. Jom jd anasir taghir :-)
ReplyDeletetenang ati sy bce entry ni..thanks 4 sharing najwa..nk share kt wall fb ye :)
ReplyDelete