example of delivery room: source of picture
Get to know the people who will attend to the birthing process. Source of pic (same)
Salam alaikum,
Anda tidak lah memerlukan banyak masa untuk melakukan tip ini, satu hari, ataupun setengah hari, malah 15 minit pun cukup untuk menghilangkan rasa gemuruh di hati (yang biasa nya kita rasa apabila di letak dalam keadaan yang luar dari kebiasaan bersama orang2 yang kita tidak kenal).
InsyaAllah, selain dari menghakis sedikit ketakutan dan gemuruh, lantas ia juga membina keyakinan dan menyenangkan dan mendamaikan perasaan, kerana kita sudah melihat tempat melahirkan dan berkenalan dengan orang2 yang walapun tidak begitu rapat dengan kita, akan menemani dan membantu kita pada saat yang sangat genting dan bermakna dalam hidup kita: melahirkan anak kita!
Oleh itu, buat lah permintaan pada doktor anda dan minta lah agar dia respect permintaan anda untuk membuat lawatan ke bilik melahirkan, wad bersalin, dan ambil lah peluang ini untuk bertegur sapa atau setidak tidak nya tahu nama atau kenal muka staff di wad berkenaan.
InsyaAllah, bila secara mental kita sudah semakin selesa, ia akan membantu perjuangan kita agar lebih berkeyakinan dan bersedia untuk melahirkan secara alami/ natural dan normal.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.