Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Thursday, June 24, 2010

Cubaan Rasuah Allah: Jahil atau Sombong?


pic googled

Dalam sebuah artikel bertarikh 23 June 2010, mymetro melaporkan dua anak beranak perempuan di berkas oleh JAIS selepas mendapat aduan bahawa mereka terlibat dengan kegiatan yang kurang sihat. Mereka menawarkan khidmat urut ghairah dan seks.

'Yang menarik' pada laporan ini ialah apabila di berkas, mereka mengatakan bahawa duit hasil 'kerjaya' mereka itu di gunakan pada aktiviti yang baik, seperti menjamu jemaah di masjid. (Baca artikel tersebut di link ini)

Saya pasti ramai yang terkejut dan mengutuk perbuatan mereka yang pertama dan kedua, iaitu membuat kerja haram, dan menggunakan wang itu ke arah yang baik untuk 'menyucikan' wang tersebut atau dosa-dosa mereka.

Ini pula respon saya:

1) Kita patut muhasabah kerana ini kemungkinan adalah antara akibat lelaki muslim tidak menjaga kebajikan saudara perempuan mereka sehingga apabila 'di desak' kesempitan hidup, mereka terpaksa buat kerja haram.

2) Realiti kesempitan hidup yang sangat-sangat dasyat dan 'mendesak' wanita berbuat apa saja demi sesuap nasi ("keperluan" berhutang, pendidikan pun kena berhutang, dan lain2 keperluan samada asas atau tidak asas kebanyakkan kena berhutang. Dan kebanyakan keperluan samada benar2 perlu atau tidak, SANGAT MAHAL atau MAHAL)---di tambah dgn RIBA' atau "bunga" hutang.

3) Kejahilan minda dan ketandusan ruh/jiwa yang tak kurang dasyat nya kerana di lalaikan secara extreme dan ganas tanpa belas kasihan dengan hiburan dan tidak di isi dengan makanan ruhi/ruhani. (tahu kah anda, industri hiburan menjana wang yg sangat byk bagi banyak pihak?)

4) Nafsu pula yang di goda dengan dahsyat agar mahukan pelbagai barang tanpa kegunaan nya atau keperluan nya di pandu atau di kawal oleh iman dan syari'at.

5) Pendakwah2 yang 'terlalu suci' atau 'terlalu memilih mad'u' (orang yang di dakwahi), contoh nya, hanya mahu mendakwahi golongan2 profesional, atau pelajar2 IPT atau pelajar2 sekolah agama, atas alasan, mereka ini yang akan turun padang berdakwah kepada masyarakat, padahal mereka ini akan hanya jadi juga seperti guru2 mereka. Lantas jadi lah pendakwah2 ini penghukum, pengkritik yg sekadar kritik dan hukum 'masyarakat yg di buai nafsu' (dan macam2 lagi label2 buruk bagi "masyarakat umum yg jahil") tetapi tidak mahu mendekati dan bersusah payah mendakwahi masyarakat umum.

Sekadar 2 sen saya. Saya pun bukan lah hebat sgt. Hari ni saya menegur. Awk dpt tazkirah, bsk awk menegur, saya dpt tazkirah. Jom saling mendoakan! Peace!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.