Sehari selepas bermain dengan Garam, saya mencuba pula bermain dengan "Cloud Dough" bersama anak-anak. SANGAT MENGUJAKAN! Anak-anak memang suka tapi yang sangat memeranjatkan diri saya ialah SAYA sangat suka BERMAIN dengan cloud dough @ tepung dan minyak. Saya agak sceptical pada mulanya kerana resipinya terlalu ringkas, terlalu mudah: 8 cawan tepung, 1 cawan minyak. Gaul rata. Tambahkan apa-apa pewarna dan bauan pilihan. Hasilnya SAYA SANGAT SUKA BERMAIN DENGAN CLOUD DOUGH! :D
Texture cloud dough lebih lembut tapi ia sangat menarik; ia mengeras bila kita kepalkan atau tekankan dan akan terlerai bila kita tekan lagi. Saya rasa mereka panggil "cloud" kerana menganggap texture awan adalah seperti ini? Ada pula yang memanggil ia "moon sand". Apa-apa pun ia hanya lah sekadar tepung dan minyak. Saya guna minyak masak seri murni!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.