Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Saturday, October 5, 2013

10 hari pertama bulan Zulhijjah

10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan hari hari yang sangat di muliakan.

Surah Al Fajr A1-3:maksudnya: "Demi fajar dan malam yang sepuluh" 

Ada ulama mengatakan 10 malam pertama zulhijjah dan ada pula mengatakn 10 malam terakhir Ramadhan.

Mulai 1 zulhijjah:

1)kita di galakkn berpuasa sunat terutama pada Hari Arafah ie 9 Zulhijjah.( fadhilatnya Allah ampunkn dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang).
2) Solat pada awal waktu dan perbaanyakkn solat sunat terutama di 1/3 akhir malam.
3) Bertakbir, tahlil dan tahmid.
4) Solat sunat hari Raya Aidiladha pd 10 zulhijjah. Prempuan yg haid pun di galakkan untuk dengar khutbah hri raya.
5) Melakukan korban  selepas selesai solat hri raya aidiladha .


Assalamualaikum
Tarikh penting utk muslimin muslimat :

1. Maghrib 5 okt 2013 sabtu mlm ahad= 1 zulhijjah 1434Hijrah

Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. 

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

2. Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 zulhijjah. Jom kita puasa ramai2.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

3. Takbir raya Aidil Adha selepas Maghrib hari ke 9 Zulhijjah (14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk magrib 14 zulhijjah tamat)

4. Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha
Melaksanakan Solat Raya serta membawa semua anak , isteri termasuk yang uzur/haid.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat Hari Raya tersebut.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ,

فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.

Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.