(Sumber gambar dari Buku Hadith 40, terjemahan Mustafa 'Abdul Rahman, terbitan Dewan Pustaka Fajar)
Assalamua'laikum
Seni. Dan industri. Siapa yang mengawal erti dan batasan, apa itu seni dan industri?
Semalam membaca hadis ke 6 dari Arbain Nawawi (walaupun tak dapat sertai liqa usrah bersama ahli lain jauh nun di shah alam tapi sempena malam yang sama, saya membacanya).
Hadis ke 6 ialah hadis mengenai halal, haram, syubhat, bagaimana patut di lakukan dengan perkara yang syubhat (apakah sikap kita pada perkara syubhat dan apakah kesan dari meninggalkan atau membuat yang syubhat), serta akhir sekali perihal hati manusia.
Berbalik kepada seni dan industri, jom kaitkan dengan hadis ke 6.
Selepas berkahwin, banyak yang saya "tinggalkan". Seperti remaja yang biasa, saya dulu minat mendengar music. Britney Spears, Backstreet Boys, Spice Girls, dan lain-lain adalah perkara "biasa". Setahun dua sebelum kahwin, saya mula mendengar nasyid dan semasa 3 tahun pertama selepas berkahwin, saya masih minat mendengar lagu. Tapi kini ia semakin mengurang dan menjadi satu senarai yang ringkas sahaja. Beberapa tahun lepas, saya mula menyedari kemasukan "penyangi wanita berhijab" dalam genre selain nasyid. Apa ya pandangan ulama mengenai wanita menyanyi nasyid di khalayak ramai serta membuat album?
Saya bukan ustazah untuk mengulas panjang-panjang mengenai isu yang saya bawakan ini.
Cuma bila saya tengok muslimah berhijab (sekalipun tidak cukup sempurna menutupi dada), dengan pakaian nampak bentuk badan (mahupun menutupi semua bahagian badan), menyanyi dengan suara manis sekali, dalam irama rhythm and blues, jazz, classical, dan lain lain...saya terasa, "alahai muslimah, kasihan nya dirimu. Kasihan nya diri mu tertipu yang perbuatan mu ini bagus dan berkat dan mata pencarian rezeki yang halal. Kasihan nya dirimu tertipu bahawa perbuatan mu ini ialah "seni" dan sebahagian dari "industri". Kasihan sangat..."
:(
Kerana apa? Kerana di hujung spectrum, berbogel dan malahan melakukan zina depan kamera juga di panggil sebagai satu seni dan di namakan sebagai industri. Ia adalah mata pencarian manusia. Ia adalah perniagaan. Itu lah pornografi.
Sedikit bawah dari spectrum itu ialah industri muzik, video dan persembahan (mahupun perfileman) di negara barat mahupun timur. Garisan pembatasan antara pornografi dan industri muzik semakin kabur.
Wanita-wanita dalam industri ini percaya mereka sedang menambah rezeki mereka, mereka sedang berkarya seni nan indah, mengekspresi diri semaksima mungkin, malahan mungkin ada yang merasakan mereka sedang "memperjuangkan satu hak yang di zalimi".
Kita pula? Kita mungkin rasa selamat dengan kain menutup rambut. Dengan sekadar kain yang menutup rambut, kita separa bebas melakukan semua yang mereka lakukan. Kita pun boleh bergiat menyanyi irama jazz, rhythm dan blues, pop, pop rock, irama malaysia, dan lain-lain.
Mungkin ada yang rasa mereka sedang memperjuangkan satu keadilan: "wanita juga ada hak", "muslimah juga boleh!", "muslimah juga ada hak ekspresi diri"....
Surah al kahfi: 103-104
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
Saya tidak menghukum mereka yang terlibat sebagai penyanyi. Mungkin yang perlu di hukum ialah orang yang tidak jahil dan mempunyai kuasa untuk menegur, kerana mereka tidak menegur industri ini. Tapi.. Benarkah mereka tidak di tegur?
Apa kaitan isu muslimah berhijab dengan hadis 6? Kerana yang halal dan haram itu jelas, tapi terlihat seolah isu wanita menyanyi ni seperti masuk sebagai perkara yang samar antara halal atau haram?
Sekali lagi, saya bukan ustazah... Tapi sekadar hati saya sendiri untuk diri saya sendiri, dan blog saya sendiri, saya rasa kasihan pada mereka yang menggiatkan diri. Wallahua'lam.