Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Sunday, February 16, 2014

Lorong-lorong (walkways)

Aku pernah melalui lorong-lorong gelap
Bau di sana busuk
Hancing
Pering 
Tapi aku memaksa diriku mengatakan ia wangi

Memang pelik
Pelik memang pelik

Pada suatu hari
Aku di lahirkan
Aku di ajar membaca
Dan aku pun membaca 
Membaca dan membaca

Dengan penuh lahap dan dahaga
Aku mengisi kelaparan mindaku
Dengan makan sepuas hati aku
Aku membaca

Kemudian aku menulis

Sayang sekali, aku terfikir untuk mencari
Pembaca tulisan ku
Lalu aku kecewa

Kerana apa aku membaca? 
Lalu kerana apa aku menulis? 
Kerana apa aku mahu orang membaca nya? 

Mungkin sekadar, aku mahu mencari teman
Yang memahami bahasa hatiku

Tidak pernah jumpa
Kecewa

Lorong-lorong itu
Aku pergi ke lorong-lorong itu
Kerana aku mahu merasakan kepahitan
Astargfirullah

Tapi ia sudah berlalu
Setelah itu aku pun keluar
Dan lari .......
Lari....
Aku lari..... 

Bernyanyi..... 
Mencari
Menulis
Melukis

Tapi
Aku sudah terkesan dengan kekotoran
Lalu aku serik dan takut

Membuat kan aku bertindak atas ketakutan
Mungkin sekali aku tersalah niat
Iya kah? 
Atau, iya kan? 

Kini
Aku berdiri
Di sebuah jalan baru
Melihat kedepan...

Kosong...
Tapi juga hutan 
"Jungle"
Undiscovered
Menakutkan

Tapi aku bakal memasuki nya dengan dua mata terbuka....
Iya kah? 
Apa kah nasib aku kali ini? 
Masih kekal kah dalam lorong cahaya..........


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.