Setiap manusia ada kelemahan.
Setiap manusia ada kelemahan.
Diriku, suamiku, adik beradikku, ibuku, ayahku, dan lain- lain.
Setiap manusia ada kelemahan.
Dan ada kebaikan.
Tapi sekadar tanggungjawab aku, ialah menyikapi (ber-akhlak atau berinteraksi dengan) mereka, atas apa yang Allah suruh, seperti yang di tunjuk serta di nasihati oleh Rasulullah s.a.w dan yg mengikuti jalan baginda.
Aku manusia lemah. Jika aku gagal dan salah, aku mesti belajar meminta maaf. Aku mesti BANGKIT dan mahu berubah, no matter how fearful and demotivated I feel.
Setiap manusia ada kelemahan. Jangan sampai aku terlalu melihat kelemahan mereka, aku melupakan kebaikan yang ada pada mereka.
Aku bukan penghukum. Aku bukan pemberi keputusan. Pengetahuan aku terbatas sekadar apa yang aku nampak dan dengar. Masih banyak yang aku tak nampak dan tak dengar.
Siapa aku untuk mengatakan si polan dan si polan akan terjamin ke neraka (kerana satu akhlak buruknya) padahal aku menyikapi dia dengan buruk sekali; seolah olah dia adalah iblis? Padahal dia manusia.
Siapa aku? Siapa aku untuk menghukum sesiapa hanya kerana apa yang aku tahu dari agama ini, dan apa yang aku amalkan, PADAHAL adakah aku pasti amalanku sudah di terima tuhan? Dan aku pasti terjamin masik ke syurga?
Siapa aku?
Aku patut berdoa agar aku bertambah bermujahadah untuk sabar, rahmah, bersikap dan bertindak hikmah, dan berakhlak baik...
*fikir-fikir malam ni*
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.