Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Saturday, August 11, 2012

Masjid cinta: iktikaf day 1

Di masjid negeri /shah alam, pada malam ke 23. Kaum hawa sangat ramai. Compound untuk wanita di bahagian bawah sudah penuh, jadi ramai yang tidur di kawasan terbuka.. Termasuk saya dan anak-anak. Tiba di sini jam 12 lebih, Z sudah tidur. Tercari-cari spot untuk tidur... Pilih yg dekat dengan compound, hopefully "terlindung".

Macam-macam jenis orang yang beriktikaf, alhamdulillah. Semoga barokah dan terus islah diri dan orang lain. Ramai juga yang bawa anak... Kecil dan besar.. Masjid sedikit hangat, keadaan biasa bila ramai orang. Bercadang utk balik rumah besok lepas kuliah subuh, utk basuh baju dan lain2. Maybe datang balik lepas Z sudah tidur malam.

Sambungan:

Jam 3.30, telah bermula qiyamulail berjemaah. Z bangun dan terus segar bugar. Dia terus bangun dan ajak main kejar-kejar. Kejar dia sampai jam 4.45, pastu Abu Musa ambil alih jaga Z. Saya solat sunat bersendirian selama 15 minit, dan cuba cari Z dan Abu Musa sebab handphone Abu M habis bateri. Rasanya lebih kurang 15 minit jugak berpusing-pusing cari mereka. Akhirnya ternampak dari luar, Abu M dan Z di zon lelaki.

Alangkah susah nya kalau tak dapat berkomunikasi....masjid besar dan orang ramai. Makanan sahur di sediakan tapi mak mertua ada bekalkan makanan juga dan tak mahu membazir makanan. Jadi Abu M ambil makanan di kereta untuk saya.

Sudah habis makan, tunggu subuh dengan Z. Umpan dia duduk diam dengan biskut. Alhamdulillah dia tak merayap masa solat subuh. Lepas solat subuh, ada ucapan oleh Dato' Khalid Samad. Rupanya ada program ke... Patut lah ramai benau orang. Lepas tu ada Kuliah Subuh oleh Ustaz Azhar, tapi Abu M suruh tengok rakaman siaran langsung rancangan Tanyalah Ustaz, jadi masuk bilik seminar. Tajuk pagi tu, Alam barzakh.

Dalam 7.30.... Z "syahid" dalam dakapan. Mana tak nya, bangun jam 3.30 pagi!

Ummi pun dah sikit weng2 tapi kena balik rumah settlekan barang, mandi dan breakfast M dulu baru boleh zzZZ

Adakah akan ada lagi adventure iktikaf di masjid negeri bersama Z?

Entah le...

2 comments:

  1. wah rajinnya sis najwa beriktikaf...mg allah merahmati kamu sekeluarga... berharap 1day nk iktikaf jgk bersama anak2 n suami...ameen~ :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sis faizah..Tidak lah berapa rajin melainkan kena paksa :p

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.