Malam ke 25. Hari isnin. Tiba sini untuk solat asar. Solat asar, magrib, isya' dan terawikh di tingkat 2. Heaven! Sebab tak ramai orang dan ada pintu tertutup. Harung semua beg ke atas.. Banyak beg tau. 7 beg dan lehab lagi. Zainab lagi. 7 beg??? Ye. 7 beg:
Beg baju saye
Beg baju anak
Beg makanan2
Beg "hiburan" anak2
Beg telekung
Beg tuala
Beg ntah apa2...
Berjaya tidokan Z dgn izinNya sblm isya', tp dapat terawikh sampai 6 rakaat je pasal Z kena kacau dengan budak lain sampai bangun dan menangis. Maknya pun nak menangis, huarggghhhhhh!!!!!
Lepas habiskan terawikh dan witir, turun bawah makan2 dengan M dan Abu M. Naik atas, pastu turun balik pasal lupa nak tukar pampers Z. Dah seronok2 main dgn Z sebelum tido... Tup2 muncul PAK GUARD. Huarggghhhhh!!!!!! Cepat capai tudung!!! Pak guard halau ke bawah. WHAT??? Kena harung semua ni ke bawah??? Call Abu M... Pass Zainab, harung semua ke bawah.
Nama pun tempat MUSLIMAT... Hmmmm kenapa Pak Guard yang datang dan bukan Mak Guard? :( Sedih sebab aurat tak terpelihara.
Bersambung...di bawah
Alkisah turun ke tingkat ground floor jam 12 lebih (tengah malam). Mana nak tido? Compound sudah penuh. Ada sedikit ruang di luar compound yg tertutup; saya decide nak baring di situ saja. Bad decision :( panas dan bernyamuk. Selepas M dan Z sudahpun tido, saya yang desperate tengok anak tergaru-garu, masuk dalam sikit ke compound. Di tepi tepi dinding compaund. At least untuk lari dari panas dan nyamuk. Alhamdulillah.
Jam 3 lebih, bermula balik "drama" hari kelmarin cuma bezanya Z tak bangun. Saya tetap cuba tido di situ. Sampai jam 4.30 saya decide untuk pergi mandi. Jam 5, setelah selesai mandi dan solat dua rakaat, saya keluar ke tempat makan. ERK! Makanan sudah habis licin! Dengan tenang saya call suami dan tanya mana nak amek makanan? Dia suruh saya amek makanan di bahagian atas. Saya naik atas... Fuhh line panjang tapi terus beratur.
Lepas habis makan masih berbaki masa, nak solat sunat, tapi Nisaak (kawan yang kebetulan sama2 iktikaf ) call. Zainab bangun katanya...
So pergi pada Z. Solat subuh berjemaah tapi tak masuk saf. Lepas tu Z tak nak tido dah sampai lepas rakaman tanyalah ustaz.. Tu pun tido sekejap. Better than nothing.
Siang, nothing special. Main2 dgn anak2, tidokan Z, mandikan anak2, kasi makan anak2, tido dgn Z. Cuma tak masak je sebab bukan di rumah. Kemas2 apa yg perlu. Up to terawikh, nothing special.
Masa terawikh, Z tarik kain telekung org sebelah dan alih2 kan sejadah orang. Habis 8 rakaat ada makcik datang sound, "minta maaf ya, dia kacau orang solat. Lain kali tak mahu macam ni ye".
DUSH! Terbakar! Habis tu makcik nak saya ikat dia kat tiang? Makcik nak saya solat kat rumah? Makcik nak saya buat apa? She's a freaking TODDLER!
Bersambung... Di bawah
Upset dengan apa yang berlaku, tak sambung solat. Tunggu Abu M, makan2, tidurkan Z, baru solat (jam11). Abu M cakap, makcik tu kalau tak nak kena ganggu anak kecik then dia patut solat di bawah. Makes sense actually!
Besok inshaallah plan nak balik lepas subuh utk basuh baju. Then inshaallah datang balik. Malam ni tidur di kawasan baru dalam compound... Ke dalam... Where i noticed takde orang letak lehab. I thought, maybe pasal tempat tu tak dekat kipas (panas) tapi alhamdulillah not so bad.
Ok, so that's all for night 25 and 26. But night 26 bersambung lagi sampai besok, day 26. Inshaallah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.