Kini kita seringkali sangat mudah takut dan berasa janggal dan kalut apabila di temukan dengan situasi bersalin, samada diri sendiri atau orang lain. Di sini lah peranan Kelas Bersalin untuk Suami dan Isteri akan menutup kekurangan yang telah terjadi akibat tiada lagi keadah penyampaian ilmu bersalin seperti zaman dahulu kala. Sebenarnya bukan tiada langsung, tetapi terhad kepada penyampaian cerita-cerita 'seram' dan 'sakit' dan masih menyebabkan rasa asing dan pelik, misteri, mistik, abnormal aneh pada proses bersalin. Ia juga terhad kepada staff di wad bersalin.
Oleh itu tujuan di wujud dan perlunya Kelas Bersalin adalah untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan mengenai bersalin. Ia adalah "re-education" atau pentarbiyahan semula dalam format kelas. Sila baca poin seterusnya yang berkaitan dan penting.
2. Maklumat, tempat, pembantu, ubatan, perihal bersalin 100 tahun dahulu tidak sama seperti zaman sekarang. Dari mana anda akan dapatkan maklumat? (Dan juga kenapa anda perlukan maklumat tersebut?) Sekadar bualan picisan bersama kawan-kawan dan masa terhad bersama doktor tidak lagi mencukupi. Anda perlukan maklumat sahih dan menyeluruh. Oleh itu anda perlu dapatkan maklumat melalui beberapa kaedah:
- Kelas Bersalin (TIDAK SAMA malahan BUKAN kelas antenatal di hospital)
- Temuramah beberapa doktor pilihan anda
- Kajian (Buku-buku terpilih, dan sumber-sumber internet yang sahih seperti cochrane review, dan lain-lain). Termasuk juga bahan-bahan lain bersumber dari internet seperti website dan lain-lain.
- Jika tidak mampu untuk menghadiri kelas bersalin atau memilih doktor, dalam zaman serba canggih ini anda masih mampu membuat kajian melalui membaca e-book, menyertai support-groups, meminjam buku, dan lain-lain.
Perlu di tanam dalam jiwa, pilihan hanya lah berada di tangan anda. Anda perlu membuat pilihan tanpa paksaan kerana hanya anda dan keluarga anda saja yang akan hidup dengan kesan-kesan pilihan anda.
ANDA perlu membuat pilihan tanpa paksaan kerana kesihatan anda adalah tanggungjawab anda. Anda tidak boleh menyalahkan sesiapa seperti doktor, kawan, pendidik bersalin, melainkan dia benar-benar tersilap atau mahu membuat jahat kepada anda. Mohon dan mohonlah kepada Allah agar menunjukkan kebenaran kepada anda.
Anda perlu berusaha mendapatkan maklumat mengenai apa yang akan di lakukan pada badan anda. Anda perlu mulakan dan akhiri proses mendapatkan maklumat anda dengan doa kepada Allah agar di tunjukkan kebenaran.
Yakin lah, kesihatan anda adalah hak anda dan anda berhak membuat pilihan dan permintaan (request) berdasarkan ilmu. Sekalipun di tolak, buatlah permintaan. Anda bukan hamba dan sub-human yang tidak di benarkan membuat pilihan dan tiada pilihan. Tuntutlah hak anda dengan hospital dan para ahli politik. Semakin ramai yang menuntut, mereka akan mendengar. Lama kelamaan ia akan memberi kesan dan akan ada perubahan. Tapi sebelum itu, pastikan anda menimba ilmu dahulu :)
Carilah kelas berdekatan dengan tempat anda di:
http://www.facebook.com/pages/AMANI-Malaysia-Childbirth-Educator-Doula/384742378274932
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.