Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Wednesday, September 18, 2013

Gesa Bersalin: Apa yang berlaku?

Entry ini sekadar makluman. Jika anda mahu bersetuju atau menolak penggunaan pitocin, sila berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda dan jangan lupa membuat kajian serta solat istikharah.


Gesa Biasa:
Otot rahim akan mengecut saluran darah (blood vessel) yang membawa darah beroksigen kepapda uri (placenta) tapi takungan darah beroksigen yang berada dalam uri terus menerus menyediakan darah beroksigen kepada janin sewaktu pengecutan / gesa/ tekanan berlaku. Walaubagaimanapun, aliran darah berkurangan seketika antara:

ibu-->rahim-->uri-->janin

Gesa bersalin hanya sebentar saja dan janin mampu untuk terus 'bernafas' menggunakan 'talian' @ikatan uri

Contoh paling mudah untuk memahami ialah kita menahan nafas atau mengambil nafas dengan kadar sedikit dari kadar biasa.

Gesaan bertahap, pendek dan berjarak antara satu gesa dan gesa yang seterusnya.

Hormone yang di rembeskan oleh badan yang menguatkan gesaan /pengecutan ialah oksitosin (oxytocin). Badan kita merembeskan dengan kadar 'bila di perlukan' (as needed) dan tidak berterusan (spurts). Oleh itu otot rahim bersedia untuk gesaan secara bertahap-tahap. Sila bandingkan dengan Gesa Luarbiasa di bawah.

*

Gesa Luarbiasa:
Jika gesaan ialah hasil dari ubat sintetik (pitocin), ubat tersebut di alirkan ke dalam badan ibu secara berterusan (steady rate). Lantas ia menghasilkan gesaan yang lebih panjang tempohnya, lebih kuat pengecutannya atas salur darah, dan lebih dekat antara satu gesa dan gesa seterusnya.
Ini menyebabkan masa yang terlalu singkat untuk takungan darah untuk berisi semula.

Hasilnya semakin berkurang darah beroksigen sampai kepada janin. Seringkali menyebabkan 'janin lemas' (fetal distress) ataupun masalah kurang aliran darah beroksigen kepada janin (degup jantung bayi menurun terlalu lama sebelum ia naik semula dan lain-lain masalah seperti itu).

Walaubagaimanapun, fetal distress boleh berlaku dalam keadaan lain seperti mak yang kurang bertenang dan kurang bernafas menyebabkan kurang darah beroksigen sampai ke otot rahim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.