Assalamua'laikum, (For English Version please scroll down)
Tadabbur saya pada pagi Raya Haji.
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak di turunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang di kehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya.
(iaitu) orang-orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia
Surah Ar-Ra'du (Chapter 13), ayat 27-28.
InshaAllah dengan hati yang tenang, hati yang hidup, dan hati yang bersih,
InshaAllah kita akan menyerahkan badan kita untuk masuk gear 'auto-pilot' yakni membiarkan ia berfungsi sepertimana ia sudah di programkan; di ciptakan.
Taubat yang ikhlas menyembuhkan, menghidupkan, membersihkan dan menenangkan / menggembirakan hati.
Merawat hati inshaAllah bererti merawat badan secara fizikal.
Oleh itu marilah kita menggunakan tempoh kehamilan dan bersalin untuk bertaubat dengan ikhlas kepada Allah dan semakin mendekati Allah. Semoga ia berkekalan selepas itu.
Semoga Allah menerima "kehamilan dan kelahiran (bersalin)" sebagai ibadah dari kita, semoga Allah mendekatkan kita pada jalan kebenaran dalam usaha kita, dan semoga Allah membersihkan usaha kita dari dosa yang mengotorinya. Ameen.
Dengan ingatan tulus ikhlas,
Saudaramu dalam Islam
dari ayat 27 |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.