Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Wednesday, October 24, 2012

Membiasakan apa yang betul: Salah siapa?

 Dalam urusan Bersalin dan Melahirkan Anak, Jangan salahkan:
1)Bidan
2)Jururawat
3)Doktor
4)Hospital
5)Kerajaan
6)Parti Pembangkang
7)Badan anda
8)Tuhan
9) Kementerian Kesihatan, Kelinik Kesihatan, Perdana Menteri, Budget Tahunan, Bonus, Lain-lain

Kebiasaannya kita "melepaskan tanggungjawab" kepada mereka:

1. Bidan kata baby tak turun lagi
2. Jururawat periksa laluan belum buka lagi
3. Doktor tak kasi bersalin secara posisi selain baring
4. Hospital tu banyak sangat orang
5. Kerajaan tak cukup kasi budget pada kementerian
6. Parti Pembangkang bolot duit kerajaan negeri
7. Saya berketurunan pendek, semua ahli keluarga saya bersalin melalui pembedahan
8. Tuhan sudah takdirkan saya kena induce
9. Memang sudah nasib saya, insurance sudah habis, Kementerian Kesihatan belum tukar polisi, Itu sekadar kelinik desa lalu tak banyak kemudahan, company saya tak cover bersalin, dan macam-macam lagi

Oleh itu solusi nya apa?

Solusi nya: (Prinsip atau Konsep)
1. Bertanggungjawab untuk kesihatan anda sendiri. Apapun keputusan/saranan/nasihat orang lain, anda yang akan hidup dengan badan anda, bukan mereka. Jadi manusia proaktif dengan ilmu.
2. Doktor juga manusia, ilmu dia terbatas, dan dia juga mampu berbuat kesalahan.
3. Teknoloji juga terbatas dan bukan serba-sempurna. Terkadang menjadi obsolete, terkadang merbahaya, terkadang di gunakan tanpa kajian menyeluruh.
4. Cari ilmu, bukan serahkan semua keputusan kepada orang lain.
 5. Akibat menurut kata orang lain akibatnya akan mudah di tipu atau di selewengkan (kerana sebulatnya menyerahkan tanggungjawab pada mereka tanpa usul periksa, tanpa mencari ilmu dulu dan membuat kajian) .

Teknik:
1. Hadiri kelas persediaan kelahiran (www.hypnobirthing.com.my, www.mygentlebeginnings.com)
2. Upah Doula (Pendamping Ibu Bersalin)
3. Bergabung dengan kumpulan sokongan: (http://www.facebook.com/groups/mygentlebirth/, http://www.facebook.com/groups/ICANMalaysia/)
4. Baca buku, e-book, pinjam buku, dan lain-lain.
5. Berdoa dan minta Allah tunjukkan kebenaran dan dekatkan anda kepadanya.

Wallahua'lam.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.