Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Thursday, November 11, 2010

Pregnancy Diaries: I, powerless

pic googled. Kejayaan adalah pemberian dari Allah yang tidak memerlukan asbab atau kelayakan yang munasabah, kepada sesiapa tidak kira kafir atau muslim. Tapi sebab kejayaan itu di beri tentu berbeza-beza.



 Kerisauan Suami, Keyakinan Isteri?


Suami saya pernah mengungkapkan kerisauannya mengenai kehamilan saya yang kedua; dia takut saya terlalu yakin akan mendapat 'kejayaan' yang mudah kerana telah 'berjaya' kali pertama. Tapi adakah saya yakin? 100% yakin? Terlalu yakin?

Jawapan nya ialah tidak.

Saya tahu batasan saya sebagai manusia biasa. Saya sedar kejayaan adalah hanya dengan izin Allah, malah TANPA memerlukan asbab dari usaha manusia. Contoh?

Allah telah mengurniakan kepada Maryam Ibunda Nabi Isa, makanan dalam mihrab nya tanpa courier agency dan tanpa peti sejuk.

Ali Imran, Ayat [37]
Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”.


Allah mampu memberi kita sesuatu kejayaan tanpa usaha kita. Tapi kenapa Allah nak kita berusaha? Kerana berusaha adalah ketaatan kepada Nya. Kerana berusaha adalah ibadah kepada Nya. 

(Sumber keratan: Islam Berbicara Soal Anak, Tulisan Kariman Hamzah, Terbitan Gema Insani Press)





Manusia tetap lemah walaupun selepas berusaha


Saya tahu bahawa manusia lain juga, searif mana pun mereka dalam bidang kepakaran mereka, juga adalah manusia. Ilmu mereka terbatas sebagai ilmu manusia. Sedalam mana kita akan bergantung kepada ilmu manusia, kita akan tetap akur kepada ilmu Allah; dan sentiasa terpaksa akur kepada ketentuan Nya. 

In the end, as in the beginning of my attempt at success, I am powerless to resist His power, decision and knowledge and thus succumb to His mercy (at all times)


Oleh itu, saya tidak lah seyakin mana. Saya tetap risau. Risau akan keguguran janin, kelahiran pra matang, dan komplikasi kelahiran.


Tapi Allah memerintahkan kita merancang untuk kejayaan (berusaha). Dan menunjukkan contoh melalui Rasulullah s.a.w malahan figur-figur Qurani yang lain juga menunjukkan contoh merancang dan berusaha (ketaatan, beribadah, menurut perintah)


Contoh? Rasulullah s.a.w merancang strategi dakwah (covert, overt, dll), strategi peperangan (Khandak, dll), malahan strategi berkomunikasi dengan isteri! (siapa tidak tahu kisah romantis suap-menyuap untuk memberitahu isteri Rasulullah bahawa makanan itu terlebih rasa?) Dan strategi-strategi ini melibatkan berpayahan, persiapan, kreativiti, pembelajaran, latihan, dll.




Dan dalam usaha persiapan saya kali ini, saya telah menemui satu mutiara perjalanan: bahawa kehamilan adalah suatu proses yang humbling (merendahkan diri). Ya, saya tidak terfikir bahawa perasaan lemah dan kebergantungan yang besar pada Allah itu akan kembali "menyerang" diri saya. Kealpaan, keangkuhan, rasa bangga diri telah Allah kais dari tempat yang tidak layak ia diami (hati) dan titis kan dengan secubit rasa introspeksi dan reinvention (perbaikan/pengislahan).


Saya nak good. Bagaimana untuk saya raih good (success)?

Good attracts good. Itu Allah yang ajar! Di mana? Di sini:

Ar Rahman, Ayat [60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga?

I have forgotten that, in fact, I have let myself be infused with myself so much, that I might have even rejected it! No, I blatantly refused to believe in it. Why is it so hard to believe in...? Maybe because I, too, want instant results, instant relief, instant gratification. I, too, am impatient. Emotionally.

Oh indeed pregnancy is a humbling experience...

And attempting success is a humbling experience. Though not in all aspects, but I know it transcends differences. Physical, emotional, spiritual, intellectual.





Kesimpulan


Oleh itu saya mesti belajar dan berusaha lagi. 

Success is not due to me, sister. Success is due upon the Creator. He rewards it to whom He wills, irrespective of reason (hardwork), in fact, irrespective of Iman. Many non-believers achieve success, eventhough they don't believe in Him per se.

1 comment:

  1. Salam,

    Tanhiah Ummimusa dah pregnant for second time :). InsyaAllah pergantungan hanya pada Allah..take care yer. Doakan akak mengikut jejak ummimusa :).

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.