Status taken from this profile: https://www.facebook.com/sumayyah.abdul.1?fref=pymk
Terdapat banyak wirid dan bacaaan yang ma'thur dari hadis untuk memudahkan wanita bersalin.
Antaranya disebut oleh Ibnu Qayyim
1) Surah Al-Insyiqaq- Dalam kitab Zad Al-Ma'ad (IV:358), karangan
Ibnul Qayyim. Dalam kitab disebutkan boleh ditulis ayat ini dan
dimasukkan ke dalam gelas dan memercikkan ke perut wanita yang hamil.
Ini kerana Nabi saw sendiri pernah mengambil tanah dari Bathhan, kemudian
Nabi saw pada segelas air (qadah), lalu beliau sembur dengan air dan
tuangkan tuangkan padanya ( Sunan Abi Daud: IV:3885). Imam Al-Baghawi
menukilkan dalam kitab Syarh As-Sunnah (XII:166) membawakan riwayat
dari Aishah r.a bahawa beliau tidak melihat larangan bila seseorang
meminta perlindungan kepada ALLAH dengan menggunakan segelas air untuk
mengubati orang yangs sakit.
2) Al-A'raf 54:56- Ibnul Qayyim
dalam kitab Al-Wabil Ash- Shayyib (h: 176) menyebutkan bahawa ketika
Saydatuna Fatimah r.a mendekati masa kelahiran bayinya, Rasululullah saw
memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab Al-Jahsyi agar datang untuk
membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat (Al-'Araf:54-56) serta
memohon perlindungan dari ALLAH dengan ayat Mutawwidzatain."
Riwayat ini dibawakan oleh Ibnu As-Sunni dalam kitab Zawa'id Al-Musnad
dengan sanad Hasan dari Ubay bin Ka'ab bahawa Nabi saw membacanya kepada
seseorang yang terkena penyakit gila.
3) Surah Al-Ahqaf:35;, Surah An-Nazi'at: 46, Surah Yusuf: 111.
Ibnu Qayyim menyebut dalam kitab Zad Al-Ma'ad ( IV:357) dan At-Tibb
An-Nabawi (h. 530) menyebutkan Ibnu Abbas ra berkata ketiga ayat di atas
boleh dibacakan kepada wanita yang mengalami kesusahan melahirkan ,
hendaklah dia mengambil sebuah bekas bersih lalu ditulis ayat-ayat di
atas.
4) Sh Uthaimin juga menyarankan membaca Ar-Rad ayat 8,
Al-Fathir ayat 11, surah Al-Zalzalah, An-Nahl ayat 78. Beliau yakni Sh
Uthaimin memberitahu berdasarkan pengalaman dan kenyataan manfaat yang
diharapkan dari ayat-ayat tersebut boleh wujud iaitu kemudahan diberi
melahirkan anak dengan izin ALLAH.
Serta banyak lagi doa
ma'thur yang boleh diamalkan dari Al-Quran dan Hadis serta doa-doa lain.
Selain berniat untuk memohon bantuan dari ALLAH, niatkan ia sebagai
tanda ubudiyyah kepada ALLAH dan pergantungan kepada ALLAH.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.