Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Wednesday, April 27, 2011

Tidak muslimah / solehah kerana tidak berpoligami

 Repost from Ustazah Noraslina Jusin (from facebook)
 
Pada saya neraca untuk menentukan solehah atau tidak seorang wanita bukan dilihat pada dia berpoligami atau tidak. Ia juga bukan bukti amal yang menjadi kayu ukur muslimah atau tidak seorang wanita itu. 
Piawaiannya adalah pada ketaatan kepada ALLAH dan Rasul-NYA, juga ketaatan kepada suami dengan menjadikan sifat malu sebagai benteng ...utama, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Juga sabda Baginda yang bermaksud:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Inilah piawaian yang dapat menentukan solehah atau tidak seseorang wanita itu. Baik dia berpoligami atau tidak, keempat-empat syarat yang dinyatakan oleh Nabi terpakai kepada semua Muslimah untuk bergelar wanita solehah.

Poligami adalah satu ujian dari ujian-ujian ALLAH ke atas hamba-hambaNYA, untuk menguji keimanan, meningkat ketaqwaan seterusnya meraih ganjaran yang berlipat kali ganda di sisi ALLAH Yang Maha Kaya.

Bersyukurlah ke atas mereka yang berjaya melaluinya dan berwaspadalah sentiasa dari tipu daya nafsu dan syaitan durjana. Satu cubaan berjaya dilalui, banyak lagi yang menanti untuk menguji. Justeru, jangan pernah merasa mulia hanya kerana telah berjaya melalui 'ujian' poligami hingga memandang rendah pada wanita yang masih bermujahadah.

Usah terlalu mudah melabel wanita yang tidak mengizinkan suaminya untuk berkahwin lagi sebagai mengikut nafsu dan emosi. Apatah lagi mengancamnya sebagai TIDAK MUSLIMAH.

Semoga kita semua bertaqwa.

Dari semua wanita yang pernah wujud di dunia ini, hanya empat yang menjadi pilihan sebagai seutama-utama wanita di sisi ALLAH. Mereka ialah Sayyidatina Khadijah, Fatimah bint Rasulillah, Maryam dan Asiah.

Sewajarnya mereka dijadikan teladan sepanjang zaman.

Kepada ALLAH SWT selayaknya kita berserah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.