Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Tuesday, July 9, 2013

Study: Wirid Wanita akan bersalin

Status taken from this profile: https://www.facebook.com/sumayyah.abdul.1?fref=pymk

Terdapat banyak wirid dan bacaaan yang ma'thur dari hadis untuk memudahkan wanita bersalin.

Antaranya disebut oleh Ibnu Qayyim

1) Surah Al-Insyiqaq- Dalam kitab Zad Al-Ma'ad (IV:358), karangan Ibnul Qayyim. Dalam kitab disebutkan boleh ditulis ayat ini dan dimasukkan ke dalam gelas dan memercikkan ke perut wanita yang hamil. Ini kerana Nabi saw sendiri pernah mengambil tanah dari Bathhan, kemudian Nabi saw pada segelas air (qadah), lalu beliau sembur dengan air dan tuangkan tuangkan padanya ( Sunan Abi Daud: IV:3885). Imam Al-Baghawi menukilkan dalam kitab Syarh As-Sunnah (XII:166) membawakan riwayat dari Aishah r.a bahawa beliau tidak melihat larangan bila seseorang meminta perlindungan kepada ALLAH dengan menggunakan segelas air untuk mengubati orang yangs sakit.

2) Al-A'raf 54:56- Ibnul Qayyim dalam kitab Al-Wabil Ash- Shayyib (h: 176) menyebutkan bahawa ketika Saydatuna Fatimah r.a mendekati masa kelahiran bayinya, Rasululullah saw memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab Al-Jahsyi agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat (Al-'Araf:54-56) serta memohon perlindungan dari ALLAH dengan ayat Mutawwidzatain."

Riwayat ini dibawakan oleh Ibnu As-Sunni dalam kitab Zawa'id Al-Musnad dengan sanad Hasan dari Ubay bin Ka'ab bahawa Nabi saw membacanya kepada seseorang yang terkena penyakit gila.

3) Surah Al-Ahqaf:35;, Surah An-Nazi'at: 46, Surah Yusuf: 111.

Ibnu Qayyim menyebut dalam kitab Zad Al-Ma'ad ( IV:357) dan At-Tibb An-Nabawi (h. 530) menyebutkan Ibnu Abbas ra berkata ketiga ayat di atas boleh dibacakan kepada wanita yang mengalami kesusahan melahirkan , hendaklah dia mengambil sebuah bekas bersih lalu ditulis ayat-ayat di atas.

4) Sh Uthaimin juga menyarankan membaca Ar-Rad ayat 8, Al-Fathir ayat 11, surah Al-Zalzalah, An-Nahl ayat 78. Beliau yakni Sh Uthaimin memberitahu berdasarkan pengalaman dan kenyataan manfaat yang diharapkan dari ayat-ayat tersebut boleh wujud iaitu kemudahan diberi melahirkan anak dengan izin ALLAH.

Serta banyak lagi doa ma'thur yang boleh diamalkan dari Al-Quran dan Hadis serta doa-doa lain. Selain berniat untuk memohon bantuan dari ALLAH, niatkan ia sebagai tanda ubudiyyah kepada ALLAH dan pergantungan kepada ALLAH.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.