Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Tuesday, April 30, 2013

Reflection: Qowwam, Hero akhir Zaman

Di mana Suami yang ingin di pandang tinggi dengan penuh hormat dan kekaguman serta penghargaan dari isteri nya?

Di mana suami yang ingin belajar bagaimana membantu isteri nya pada saat-saat paling mencabar buat isteri nya?

Di mana suami yang ingin menjadi "hero" dan "saviour" pada isteri nya?

Saat2 kelahiran anak mu adalah antara saat-saat paling bermakna dan mencabar kekuatan mental dan spiritual isteri mu dan diri mu sendiri. Jangan biarkan diri mu dalam kejahilan; jangan lepaskan peluang untuk muncul sebagai "hero" di saat-saat genting!

Di zaman sekarang di mana kurang nya physical human touch, heart to heart connection, dan lambakan ribuan alatan (gajet) seolah menggantikan keperluan berinteraksi dan perhubungan secara talaqqi (berjumpa di alam realiti bukan virtual), Di zaman sekarang di mana sifat-sifat manusiawi dan alami banyak telah PUPUS dari peribadi manusia, manusia perlu BELAJAR untuk meraih dan membina semula sifat2 malahan hormon2 yang akan mengharmonikan kehidupan.

Jom para suami, yang mempunyai 9 akal yang perlu di isi dengan ilmu, raih multiple bonus pahala dengan menyertai Kelas Persediaan Kelahiran, dan Kelas Persediaan Penyusuan, (serta Kelas Pemakanan yang Halalan Thoyyibah) kerana (kebajikan dan kesihatan) isteri mu dan anak-anak mu adalah amanah kepada mu dan tanggungjawab KAMU. Pernikahan adalah MITSAQAN GHALIZA yang telah kamu ambil dari Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.