Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Wednesday, May 29, 2013

Ulasan buku kanak-kanak: Siri Sahabat Nabi Muhammad SAW

Kualiti kertas: Tebal dari biasa

Kualiti lukisan: Cantik dan menarik (lihat gambar)

Kualiti ilustrasi: Lukisan tidak terlalu simple (gaya warna yang menarik untuk kanak2 malahan dewasa)

Sesuai untuk: Untuk di gunakan bagi anak2 yang sudah membaca, mungkin tahap intermediate sebab ayat-ayat tidak terlalu simple and pendek. Maksudnya, anak2 yang sudah lazim membaca dan sekadar mahu melancarkan. 

Sesuai juga untuk anak yang belum membaca (anak saya sendiri berumur 5 tahun ketika ini. Dengan attention span dia yang pendek, saya berpendapat buku ini sangat sesuai untuk nya).

Gaya cerita: Mudah tapi menarik. 

Sesuai untuk: Anak lelaki dan memperkenalkan sahabat nabi muhammad SAW kepada anak lelaki (mahupun anak perempuan). Sangat bagus untuk membangkitkan sifat cintakan sahabat nabi serta cintakan "muslim heroes" sebagai yang lebih asli, lebih "hero", dan lebih utama daripada hero2 PALSU seperti power rangers, naruto, ultraman, superman, batman, spiderman yang tidak wujud, tiada kelebihan dan tiada kepentingan. Wallahua'lam.

Tambahan: saya beli satu set (boleh lihat gambar) untuk Rm39, di salah satu gerai di Pesta Buku Selangor berlangsung sekarang di SA convention centre, Shah Alam. 





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.