Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Saturday, January 26, 2013

Kelas Persediaan Kelahiran: Dua titis air

Assalamua'laikum Saudaraku,

Akhi,
Sejak mendapat tahu yang anta 'tidak berminat' untuk menghadiri dan mempelajari mengenai kelahiran alami, ana seolah-olah tidak dapat memikirkan benda lain siang dan malam.

Suka kah anta jika zaujah anta ada 'birth trauma'? Suka kah anta jika zaujah anta ada 'post-natal depression'? Suka kah anta jika zaujah anta menolak untuk jimak selepas habis pantang?

Situasi-situasi yang ana berikan sekadar worst-case scenario...tapi ia boleh berlaku.

Terkadang ana merasakan, the only question I need to ask you ialah; Aren't you RESPONSIBLE for her?

Akhi,
Terlalu banyak sebab syar'ie dan islamiy dan jannatiy mengapa anta patut hadir dan ambil tahu.

Akhi,
Di beri kan dua titis air sejuk, adakah anta dapat berbuat apa2 dari dua titis air?

Akhi,
Di beri setitis air mani lelaki dan setitis ovum wanita, dapatkah anta menjadikan nya alaqah, nutfah, mudghah dan seterusnya?

Akhi,
Hatta jika lelaki benar-benar tidak membawa apa-apa manfaat pada isterinya sewaktu proses kelahiran anaknya, di zaman moden ini, siapa yang akan membuat keputusan/ memberi kebenaran / di maklumkan untuk apa-apa  prosedur ke atas zaujah anta dan anak anta nanti?

Setidak-tidak nya, SIAPA yang akan menanggung hidup ke atas hasil proses kelahiran itu nanti?

Jawapan nya ialah; Anta.

Saudaraku,
Don't-
Jangan sesekali membuat kesilapan untuk tetap berada dalam kegelapan kejahilan di zaman yang amat-amat memerlukan ilmu ini.

Ilmu adalah cahaya menerangi kekalutan gelap. Bergeraklah ke arah cahaya ilmu; kerana itu saranan Islam, di sukai Allah dan RasulNya.

Sekian,
Ummi Musa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.