Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Thursday, August 5, 2010

Masih mengenai ASB



ASB - Pihak Pertama

Pelabur - Pihak Kedua

Tempat Pelaburan 1, 2, 3 dll - Pihak Ketiga

"Sikap" atau Kaedah yang mengharuskan: (Yang Saya Faham)

1) Sikap 'ideal' dalam membenci yang haram adalah baik, tapi itu bukan cara menentukan hukum.

2) Dalam muamalah bersama ASB, bukan ASB, dan bukan pula kita yang membuat perkara haram atau urusniaga haram.

3) Percampuran sedikit harta kita dengan wang dari sumber yang haram tidak membuatkan ia sepenuh nya haram.

4) Kaedah Maqasid Syariah yg tidak di jelaskan.

Perasaan yang melanda saya pulak:

1) Tidak di kata kan beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudara nya spt dia mencintai diri nya sendiri. Saya tak mahu duit saya di guna kan oleh mana2 pihak samada pihak kedua, ketiga, keempat, mahupun keseribu lapan ratus juta untuk menzalimi, memeras ugut, menekan manusia lain samada islam atau kafir untuk mendapatkan sedikit keuntungan.

2) Saya percaya yang kita mampu hidup dan survive dengan baik tanpa harta kita bercampur sedikit pun dari sumber haram seperti RIBA' walaupun bukan kita yang membuat nya, atau pihak pertama atau pihak kedua.

3) Saya tak mahu hidup dengan sikap menggalakkan orang lain membuat perkara yang di haramkan oleh Allah (dosa). Walaupun bukan saya yang buat dosa tu, tapi saya pun tak nak orang lain buat dosa.

1 comment:

  1. Salam Ramadhan Ummimusa..

    Isu ni mmg kecoh before this kan..

    p/s : Thanks coz sudi mendoakan Rayyan Ariff.. Hanya tuhan dapat membalasnya. :-)

    http://kernakasihkita.blogspot.com

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.