Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Thursday, August 5, 2010

Isu Halal Haram ASB: Petikan dari mahmoodzuhdi.com

Setitik pun arak dalam air ku, Aku takkan meminum nya!!!!


Untuk artikel penuh, klik di sini

Petikan 1
Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian keuntungan, iaitu suatu alternatif yangmemberi jaminan halal berbanding kaedah konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan.  

Mengikut hukum Syarak, kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam.

Sedangkan kaedah perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan oleh skim-skim yang berlebalkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.

Ummi's Note: Kaedah peratus tu apa? Kaedah perkongsian untung dalam ASB tidak termasuk hasil dapatan riba' dari sumber-sumber mereka? Scary! Saya tak mahu kaut untung dari perbuatan bank menzalimi orang lain dengan mengena kan RIBA' YANG ALLAH KATA HARAM!

Petikan 2 (kaunter haram)
Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telahdisebut di atas ialah penyertaan ASB dalam pelaburan di beberapa kaunter haram.Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di Negara ini penyertaan yang tidaksepatutnya itu  telah menjadikan skimyang berasaskan kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.

 Antaraalasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidakhalal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah  اذا اجتمع بين الحلال والحرام قدّم الحرام   “ yang bermaksud  “apabila berlaku percampuran antara yanghalal dan yang haram maka yang haram akan diutamakan (dalam menentukan hukum).Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan dengan sendirinya menjadi haramapabila bercampur denga sesuatu yang haram.

Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasikepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah gulai dimasuki oleh sedikit tahiayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan menjadi najis kerana tahiayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah denag pelaburan ASB dikaunter-kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat  sedikit tetapi ia  boleh menjadikan nisbah pelaburan di kaunterhalal yang merupakan majoriti besar dalam skim berkenaan menjadi haram.

Petikan 3
Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada metod penentuan hukum yang sebenar sepertimana yang terdapat dalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram.

Ummi's Note: Salah ke sikap sangat tidak suka kepada perkara haram? Ummi jadi pelik gila pulak? Bukan kah itu sikap yang patut bagi seorang Muslim?

Petikan 4
[sikap di atas baik kerana] Kerana ia menggambarkan idealisme Islamitu sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan sebenar,  dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal. Dengan kata lain, pandangan di atas adalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Ummi's Note: Ummi bukan seorang 'alim, ustazah, mahupun graduan bidang Islam, tapi Ummi rasa tak sedap hati dengan phrase 'suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal'. Ummi rasa macam, 'Ok, arak tu haram, tapi kalau nak jadi PRAKTIKAL, aku kena minum arak'. Eeee...Seram sejuk! Tapi Ummi tahu perbandingan tu tak sama, cuma terasa saja begitu.

Petikan 5 (hubungan ASB sbg pihak pertama dan pelabur sbg pihak kedua)
Secara ringkasnya, hubungan anatara ASB sebagaisatu skim amanah pelaburan dan para pelabur sebagai peserta dalam skim tersebutadalah bersifat hubungan antara dua pihak yang bermuamalah dalam suatu kontrakyang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung. Dalam hubungan iniASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang halal. Iabukan suatu badan tidak halal , seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiatkerjanya  sendiri haram.

Petikan 6 (ASB tidak jadi haram kerana ada kaunter haram)
Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam secara umum tidak akan bertukarmenjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat yang tidak menukarkanidentitinya daripada seorang muslim kepada bukan mmuslim. Cuma orang ituberdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisiSyarak Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanyamati dia masih tetap boleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang bolehdifahami secara mudah.

Ummi's Note: Faham point ni. Tapi ASB menggalakkan dan membantu Bank2 Conventional menzalimi manusia dengan RIBA' YANG ALLAH KATA HARAM. Boleh tidur malam ke tahu yang duit kita di lipat gandakan melalui menzalimi orang lain? Saya tak boleh tidur!!!!!


Petikan 7
Samalah juga denga kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya. Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak. Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Ummi's Note:  ASTARGFIRULLAH. Ya, mungkin mereka masih kerajaan yang sah, tetapi jika masih terus iktiraf (membenarkan, membiarkan, etc) ARAK dan PELACURAN, na'uzubillah min dzalik, diri ku berlepas diri dari kerajaan yang mengambil CUKAI dari 'industri' ARAK dan PELACURAN!


Petikan 8
Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh dilihat kepada banyak contohprinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air musta’malmenjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua  Qullah . Ucap Salam assalamu alaikumkepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dibolehkan ,bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air itu najisselagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan tehtidak boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangatmudah difahami.

Ummi's Note: Istafti Qalbik, dan hati Ummi tidak dapat menerima nya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.