Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Friday, September 13, 2013

Kurangkan sakit belakang ketika hamil

Caranya sangat mudah. Solat lah seperti biasa tanpa mengambil ruksah untuk solat secara duduk atau baring, dan lain-lain. InshaAllah sakit belakang akan berkurang. Bukan tidak mahu mengambil kerehatan yang di benarkan, tapi anda akan MEMERLUKAN otot-otot tersebut ketika bersalin. Elakkan memanjakan diri anda sewaktu hamil dari segi senaman badan: kerana anda memerlukan badan anda ketika bersalin. Solat adalah sekurang-kurang senaman yang anda pasti akan lakukan setiap hari, biasakan diri anda untuk solat seperti biasa setiap kali hamil dan semua keadaan kecuali kecederaan atau kemalangan. Apakah senaman yang di anjurkan untuk mengurangkan sakit belakang? Nah, ia adalah senaman 'all fours' iaitu senaman yang kelihatan seperti keadaan seseorang sedang bangkit dari sujud untuk berdiri semula, SERTA senaman 'knee chest' iaitu SUJUD! Sujud terutama sekali di sarankan ketika bersalin, lagi-lagi jika sakit belakang ketika bersalin.

Ubati diri anda ketika hamil dengan solat. InshaAllah, wallahua'lam.

Anda juga boleh mencuba mendapatkan khidmat Doktor Kiropraktor ketika hamil jika ada keperluan menstabilkan tulang belakang anda.

Sumber: The Birth Book, William and Martha Sears

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.