Assalamua'laikum sahabat2 maya
Semalam musa Dan Saya buat experiment
Sejak Saya menonton "schooling the world", Saya tak pernah memandang golongan "pekerja" dengan Pandangan yang sama lagi.
Saya selalu rasa teringin nak borak dengan mereka Walaupun tak pernah berani rasa nak borak.
Sekali je pernah tanya nama, Dan sekali lagi (dengan orang lain), tanya dari negara mana.
Ala kulli hal,
Semalam Saya Dan musa buat eksperimen.
Sedang hujan baru hendak bermula, Kami nampak dua orang pekerja asing berjalan, lalu Saya turunkan cermin kereta Dan minta musa berikan payung kepadanya. Mulanya Dia terkejut Dan tak mahu ambil.
Lalu Saya pandang muka nya Dan berkata" amek, amek".
Lalu Dia ambil.
Dengan cermin pandang belakang Saya nampak Dia buka Dan guna.
Cuma yang kelakar nya Saya nampak Dia buka payung berwarna hijau. Hehehe.
Payung tu payung kegemaran Saya. Saya terpaksa redha yang musa telah ambil payung itu Dan berikan pada orang itu.
Tapi dek kerana skrg ni musim hujan, Saya rasa nak teruskan projek ini.
Jom?
Nothing to lose and everything to gain. insha Allah.
Tamak pahala!