Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Sunday, January 19, 2014

Semalam dan hari ini

السلام عليكم 

Semalam dan hari ini
Petang dan pagi
Atas dan bawah
Hitam dan putih
Kiri dan kanan

Semalam makan bangkai
Hari ni jadi bangkai

Semalam makan
Hari ni kena makan

Kalau tidak sedar hukum Allah untuk Dunia
Jadi kecewa 
Jadi marah
Jadi sedih
Jadi bengis
Jadi nangis

Saya orang itu

Hukum di Jannah lain
Jannah 
جنه


Sering terlupa 
Sering lemah
Sering lemah 
Untuk mujahadah
Sering berdalih
Sering malas
Sering hanyut
Sering terikut
Makhluk yang memujuk
Makhluk yang menipu

Rasa nak terus hanyut
Rasa nak berhenti mencuba
Berhenti berlari
Tapi

Itu adalah syaitan 
Itu adalah contoh teladan iblis
Bukan adam
Bukan ayahku adam

Oleh itu
Aku bukan biar diriku lemah
Aku bukan biar diriku malas
Aku pekakkan telinga pada hukuman manusia 
Aku hanya tinggal berdua bersama Allah
Aku tidak sempurna
Tapi aku tidak mahu berputus asa
Dan aku mahu menyatakan aku salah
Aku rasa lega aku masih baik
Aku bukan riyak
Aku masih berharap dengan Allah
Dan itu penting
Untuk orang-orang seperti aku
Nafsu lawwamah

Aku gembira
Walaupun tetap takut dan cemas 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.