Looking at the sky makes me want to cry coz do I ever try to fly high enough to reach You?

Sunday, August 21, 2011

On Forgiveness and Forgiving



Points for me to ponder:

1. Express the feelings: It needs to be expressed, to the perpetrator, or someone else, or on a piece of paper (write it out and burn it, rip it, destroy it)

2. Giving meaning to the experience, i.e it happened to make me a better, smarter, stronger person or to help other people using what happened to us.

3. Gaining Acceptance. Accepting the change, the different situation(s). It is like a bitter medicine. This resolves frustration and anxiety.

4. Rebuild Safety: ensure it does not happen again.

5. Let go: Don't keep bringing it up. It's not about the person who did it to you. It's between you and Allah, and there is no much great rewards for forgiving. The emotions will not come up again.

Other benefits of Forgiving:
  • Paradise! (hadeeth)
  • Healthier body (no headaches, backaches, ulcers) (result of forgiveness training)
  • More confident
  • Heals relationships
  • Less depression
  • Lowers blood pressure
Other:
  • We abuse ourself by dwelling in the incident! (replaying it in our mind)
  • Try to overlook
  • Don't nit-pick on people's short-comings

Friday, August 12, 2011

Mengenai Penggunaan Bahasa Inggeris




Satu ketika dahulu; mereka jajah negara saya; tetapi mereka tidak jajah diri saya. Saya bercakap bahasa Inggeris bukan kerana saya memuliakan bahasa Inggeris, dan bukan juga kerana merendahkan bahasa ibunda saya. Nasionalisme tidak salah, tetapi jangan sampai lupa, Rasulullah s.a.w pun tidak berbahasa melayu, dan Islam menggalakkan kita belajar bahasa-bahasa lain. Merdeka!
  

Wednesday, July 27, 2011

The past

1
The past is not a haunting
Not a dirty secret
Not skeletons in the closet

The Songs may be wrong
In one sense
But in another, they are simply a memory
Of an innocence
And purity

The past is an old friend
A memory of purity

This is why, Allah is glorified for His Purity

As a child, i never understood
(though i enquired) as to why God is "Suci" (pure)
Why do we say "subhanallah"
Which is translated into "maha suci Allah"

These songs may be "dirty"
But they remind me of a "purity"
A past which was pure.

2
I need to run between trees shaggy with green leaves
I need to watch the clouds at sea
I need to search the sky
To survive

You have always been there
You are the same
It was You

When i was younger and naive
It is still You now
Loyal and reliable
Warm, so warm.
So tender, so soft, so open.
So loving. So forgiving.

So true. So sincere.

As you have always been. It's hard to believe
You never turn Your back on me
You are never to busy
You are always reachable
You have not forgotten me
Nor do You love me less

It's hard to believe the fact
That You are the same, forever and always.

Allah. You are indeed Amazing.

3
One day in my teenage life

Peter cetera glory of love
Bryan adams everything i do
Have you really loved a woman
Simply red fairground
Daryl hall n john oates
True colors
Smoke natalie imbruglia
Jewel....
Tiffany if love is blind
Roxette vulnerable
Billy joel just the way you are
Geri halliwell
The lift goes up where we belong
Take that
Bee gees
Savage garden 

Thursday, July 21, 2011

Surat Cinta: Sampai kan rasa hati kami dengan suaramu, Tuan Muhammad Badi'

my note: Rasulullah peace be upon him did not feel that it was not "macho" for him to say he loves his wife. You know, some guys feel that it's not a guy thing to be saying how much they love their wife to their friend or another man...

Original article: http://drhar.blogspot.com/2011/07/suratku-untuk-suami-muslim-yang-mulia.html

 Assalamu’alaikum wr.wb.
Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.
Sesungguhnya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan.

Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.
 
Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.

Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)
Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri.

Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal.

Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegasa: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Unggkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.

Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w. “Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun,  
maka setia dan setialah kepada isteri kamu! 
Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! 
Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! 
Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! 
Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya.

Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…” (At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”.

Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.
Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin.

Monday, July 11, 2011

Persediaan untuk Kelahiran Secara C-section / Ceaser (Revised)

"Artikel" ini hasil tulisan Jean Chuah (admin fb page ICAN Malaysia: International Ceaserean Awareness Network)

(Ulasan saya berwarna biru)



Glosari:
  • surgical birth: kelahiran melalui pembedahan
  • footling breech: apabila kaki janin berasa di pintu rahim, samada satu kaki atau kedua-dua nya dan punggung lebih tinggi dari kaki. sila rujuk gambar untuk contoh
  • Javern: nama bayi Jean Chuah
  • asap: as soon as possible
  • rooming-in: bayi yang baru lahir di letakkan dalam bilik bersama ibu nya dan bukan di letakkan di nurseri/bilik bayi

http://www.natural-pregnancy-mentor.com/a-cord-prolapse.html (salah satu contoh FOOTLING BREECH)


Jean Chuah commented:
For my case, I reminded myself that this birth is baby's birthday. Cesarean or not, I will make sure mummy and baby get the best that we can out of a *surgical birth. I saw that we needed to do a cesarean sec due to footling breech, but I still can do alot of things to make it a nicer world for baby's first day in this world. Here's how:

1. Allowed birth to trigger naturally. It will release beautiful hormones called oxitocyn which will transfer to my baby. Also, it ensures that my baby is really “full term” and ready to come out. (My doctor persuaded me to do an elective c-sec at 37 weeks, but I wanted birth to trigger naturally so I asked for an elective c-sec at week 39 just to buy time. In the end, baby knows best... Javern decided that he is ready to come out at week 38, and I was happy that I experienced contractions and labour sensations before going for c-sec)

Ulasan: walaupun dia membuat pilihan untuk melalui c-section, tetapi dia memilih agar c-section di lakukan SELEPAS kontraksi BERMULA SENDIRI kerana selain dari footling breech, kehamilan Jean tidak ada memberi sebab medikal untuk dia di bedah lebih awal mahupun di "induce". Sila semak artikel ini dari Lamaze.org mengenai mengenal pasti sebab keperluan induce atau tidak


1. I talked to baby and tell him that doctor will do a surgery to bring him out. Baby can hear and understand. Also, I requested to listen to relaxation music in the OT. These familiar relaxation music will bring calmness to me and baby.

Ulasan: Dalam buku The Birth Book, Dr. William Sears dan isterinya R.N Martha Sears turut menasihati ibu2 agar membuat persediaan untuk memasuki bilik OT, sebabnya OT sangat sejuk dan jarang sekali ibu2 berasa selesa di dalam nya mahupun di endahkan oleh staff atau doktor ketika di dalam OT. Oleh itu di sini Jean telah membuat pilihan membuat request agar dia dapat berasa di tenangkan oleh music

2. When he is out I made sure that hubby follow the baby to the nursery and spend time with him, while I need to spend 1 hour in the recovery room after OT. My baby is new to this world ...imagine you were in a warm and secure place but suddenly come out into a whole new world. I told my hubby that he need to be there with baby, I am ok to be alone in the recovery room. I am an adult who knows how to comfort myself but my baby is new to everything.

Ulasan: Sebabnya Jean pilih agar suami nya menemani bayi nya dan bukan diri nya adalah kerana perbezaan antara kelahiran normal dan kelahiran c-section: dalam kelahiran c-section, ibu tersebut tidak dapat mendakap bayi nya serta merta mahupun menyusui nya. Oleh itu memadai jika ayah dapat berbuat begitu (mendakap jika bayi nangis) sementara ibu berehat sebentar sehingga dia cukup segar untuk mendakap dan menyusui bayi nya dengan bantuan


3. Another thing is that I requested is for vaccinations to be given the day after. If baby is healthy it is ok to wait one more day. He has been through alot on his first day.

Ulasan: 'Vaccinations' atau apa2 injection untuk bayi di pilih untuk di tangguhkan.

4. I requested them not to bathe the baby on the first day. I wanted baby's skin to absorb the nutrients from all the natural liquid covering him. 

5. Unless there is a need, I requested NO eye ointment on baby to encourage optimal eye-to-eye bonding

Ulasan: Amalan ini (ubat mata dalam mata bayi baru lahir) tidak secara general di amalkan di semua hospital di Malaysia.

6. If baby is normal and breathing normally, no slapping the baby to make him cry for APGAR score

 Ulasan: Ada sesetengah hospital mengamalkan 'memukul' bayi yang lahir sehingga menangis. Ini TIDAK WAJIB, terutama nya jika bayi sudah bernafas dengan baik.


7. Ask to bf asap when I reach the room. My thoughts were only focused on the baby. Some nurses asked me to rest but I understand my body well, I am still strong and I will only be happy when I attend to my baby's needs.

Ulasan: Ini lah antara KELEBIHAN membiarkan proses kelahiran bermula dengan sendiri nya (walaupun di bedah), iaitu inshaallah selepas pembedahan, badan anda telah merembeskan hormon yang menyebabkan anda berasa segar, oleh itu selepas berehat sebentar anda mampu menyusui anak dengan sedikit bantuan. Penafian: Walaubagaimana pun, kesan ini kadang kala bergantung pada badan wanita masing-masing dan bagaimana ibu tersebut telah mengendali kontraksi nya. Maklumat bagaimana untuk mengendali kontraksi dengan baik boleh di dapati dengan menimba ilmu di kelas persediaan melahirkan atau buku-buku gentle/natural birth. Untuk links kelas di malaysia, sila ke page Natural/Gentle birth di bahagian atas blog.

8. Baby room-in at all times. Even when he hv jaundice, I requested for the machine to be put beside my bed.

Ulasan: Konsep 'rooming-in' sepatutnya di amalkan oleh semua hospital kerajaan kerana mereka adalah 'hospital rakan bayi'. Tetapi tidak semua mengamalkan nya. Dan hospital swasta pula, tidak semua mengamalkan rooming-in; anda perlu membuat permintaan (request) kerana ia hak anda: bayi anda. Dan bayi sebenarnya akan lebih kurang menangis jika ia dekat dengan ibu nya. Sila semak artikel ini mengenai rooming-in dari Lamaze.org

9. Oh yeah, please get informed about the surgery procedures for c-sec. They wanted to put the catherer inside me BEFORE epidural (for medical staff's convenience), and I insisted NO you only put it inside me AFTER epidural. Heck I am prepared to experience pain only if there is a reason for the pain. There is no reason for them to put in a catherer inside BEFORE epidural, other than for their own procedural convenience.

Ulasan: Badan anda adalah hak ANDA. Anda BERHAK meminta penerangan yang teliti mengenai prosedur pembedahan. Anda BERHAK mengutamakan diri anda seperti yang di contohkan oleh Jean di sini, pihak hospital mahu meletakkan catherer sebelum dia di beri epidural (lalu dia akan merasa sakit) kerana itu lebih memudahkan mereka. Jean memilih agar mereka memasang catherer SELEPAS dia di beri epidural. Anda berhak membuat pilihan, ia badan anda, bukan milik doktor atau hospital. Bertanya lah pada doktor dan maklumkan kepada mereka bahawa anda mahu di maklumkan mengenai prosedur agar anda dapat membuat pilihan seperti Jean di atas.

10. Breast crawl – On Day 3, baby did a breast crawl. I was asking an LC on tips to latch correctly, so she propped my baby on the middle of my upper chest and asked us to watch baby do the breast crawl. Newborn babies are able to do the breast crawl and latch properly due to their natural survival instinct. To this date, I still remember vividly every moment of the breast crawl.. how my baby was perched precariously at first but the managed to snuggle slowly to a comfortable position, how he wriggled slowly but surely to my breast, using only his sense of smell and natural survival instinct. I remember the way his head turned, his tiny fingers and its smooth skin touching my skin, and his mouth latching on to my breast perfectly, like he has breastfed for a thousand times before this. It was a very empowering and emotional moment for me.

Ulasan: Sila search untuk breast crawl di youtube :-) Perjalanan Penyusuan yang indah boleh bermula dengan baik walaupun dengan kelahiran melalui pembedahan. 


All these helped to create a warm, loving and secure environment for my baby. I planned and requested for all this as part of his welcoming "gift".. welcoming him to this beautiful world :)

 Ulasan: Ini lah hadiah dari Jean untuk Javern semasa hari lahirnya :-)

Selamat melahirkan wahai ibu-ibu yang barokah (di berkati Allah) :-)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke fb page ICAN Malaysia

Wednesday, July 6, 2011

Songs that hit home



I'll stand by you - The Pretenders

From this moment - Shania Twain

If tomorrow never comes - Garth Brooks

Secret Garden - Bruce Springsteen

You're still the one - Shania Twain

Open Arms - Mariah Carey

Waiting to exhale - Whitney Houston

Have you ever - Brandy

Monday, July 4, 2011

Summary and Comments for The Arrivals Episode 4

Summary and Comments for The Arrivals Episode 4

Summary:
The episode starts with a clip labeled “Revelation 13” (anyone who knows where this is obtained from, please enlighten me). After which, the producers related this clip to the design of the British ‘Royal Coat of Arms’. The symbol is then explained by a voice-over, as to its relevance to the state of Israel and the Antichrist.

Next, it presents the companies, products and places that use it as a symbol, which includes a clip taken with a camera-phone. Then, the quote “veni, vidi, vici” is somewhat related to another occult symbol (skull and bones) and to who and what it represents. The producers went on to the question of just how popular those symbols are today without offering the answer as to what is their relevance to the former quote or symbol.

The next question posed is: who are those who are in control of (various) industries? Though some of the previous material may be a little ambiguous, the next one is very important: the pyramid or plan that explains how society is categorized in order to be controlled. To break free from the system, those equipped with purchasing power is suggested to rethink “which corporation they finance”. An example is given and explained.

This episode ends with a “brief introduction” to just how “powerful” the Zionist and the Illuminati have made themselves through leaders and corporations. The awareness about one’s purchasing power and how they manipulate it to their benefit is only slightly emphasized before the episode is concluded.


Comments:
The fact that needs to be understood by viewers is that the evil behind what the producers try to unravel and explain is not something new and haphazardly planned. It dates back to the very moment man was created and repeated significantly in the stories of the prophets.

But religion has been downplayed so that those stories and the reminders that come from God are not given much importance, attention or priority in life. Religion is just a hobby, which some people are into, while some are not. The evil behind what the producers try to unravel are in fact, very “religious”! They couldn’t have carefully carried out their well-planned plan if they weren’t so.

This is why the series and its contents, information, clips, images and ‘exposures’ may seem like utter nonsense to many. Because without firm faith, one will have nothing to fall back on. But in this case, they do. They will fall for everything and anything except religion. And this benefits the people who planned this scheme.

In this episode, the narrator explains how the symbol of the British ‘Royal Coat of Arms’ has Hebrew/Biblical origins relevant to the Antichrist, instead of more Godly themes and characters, such as the roaring lion taken from this Biblical verse:“Your adversary the Devil, as a roaring Lion walketh about, seeking whom he may devour” (Peter 5:8)

This episode includes a clip taken with the camera-phone, which would seem highly amateurish to some, but I believe that the message is more important.This episode also presents the ‘system’ of control:

  1. “The eye”. Representing the Antichrist or Al-Masih Al-Dajjal (The False Messiah)
  2. World monarch
  3. Crown council of 13 (world’s riches, most powerful families)
  4. Committee of 300 (world’s riches, most powerful sub-families)
  5. Think tanks.
  6. World financial control by means of controlling bodies such as IMF, Central Banks, Tax revenue, interest revenue, etc.
  7. World resource control by means of controlling corporations such as NYSE, Exxon, AT & T, etc.
  8. World population control by means of controlling Governments, Religious Bodies, the media.
  9. Debt slaves.

This is the first episode which introduces one of the solutions to break free from their system; for those with purchasing power to channel their money elsewhere (than to those directly or indirectly connected to the illuminati and Zionists).

The producers chose to highlight one key company: Starbucks.

Most of these companies will deny the association while their local franchisees will claim that boycotting them means to deprive our own local people of work. (McDonalds Malaysia used this strategy once when people wanted to boycott them in order to save Palestine) These bodies will also claim to have done much charity, supporting and promoting peace and goodwill. This will cause doubt, confusion but worse of all; the continuous concealment of the truth.

People who are ‘busy’ have no time to search for the truth. So what happens to this situation? People just go on with their lives. Not knowing what is true and what is not. But it becomes worse if they go on with their lives in a state of being deceived, of being told lies as the truth. And never making time and allowance to clear away the confusion and obscurity.

Who wins in this situation?

In this world that we live in, though no human is ‘complete evil’ or ‘complete good’, but there is one complete evil. And there is no good side to him at all.The one who seems to be winning in this situation is the liar, who obscures lies and evil and entraps or deceives others into becoming their obedient slaves: slaves cannot exist without being dependent on the master.

“There is no compulsion in religion. The right direction is henceforth distinct from error. And he who rejects false deities (Thogut) and believes in Allah hath grasped a firm handhold which will never break. Allah is Hearer, Knower.” Surah Al-Baqarah, verse 256

In this call to re-think and re-channel our money to bodies other than those which contribute to Israel, more attention-worthy is the call to understand how we have been fashioned into doing so and why have we been made to become supporters of Israel. This information is very important for all to know; what is so important about that specific geographic location? The answer could not be obtained unless we are willing to truly acknowledge the stories presented to us in Holy Scriptures.

A society needs control or more accurately rules and regulations in order to function, but what viewers must understand is the evil plan and oppression behind this particular control system. How bad has been made to look and be accepted as good. How oppression is conditioned into our minds as being a natural part of life. What bad? What evil? What oppression? My point exactly.

To be continued...